Pemergian Jalil Hamid, seni tanah air hilang permata: Fahmi

May 4, 2026 · Isu semasa

Pemergian pelakon dan penyanyi veteran Jalil Hamid disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat industri seni negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan Allahyarham sebagai penghibur unik yang memiliki gaya dan bakat tersendiri.

Menurut Fahmi, Jalil bukan sahaja dikenali dalam dunia lakonan, malah turut menyerlah dalam bidang nyanyian sejak lebih empat dekad lalu.

“Allahyarham Jalil adalah seniman yang tidak asing dalam dunia lakonan dan nyanyian. Segala jasa, bakti dan sumbangannya akan sentiasa dikenang,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Jalil, 69, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Shah Alam kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Berita pemergian beliau disahkan oleh anak kelimanya, Afiqah Jalil. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar, manakala solat jenazah akan diadakan di Masjid Al Munawwarah.

Fahmi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini.

“Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Dilahirkan pada 25 April 1957 di Johor, Jalil membesar di Felda Cahaya Baru dan mula mencipta nama dalam industri hiburan sekitar 1980-an.

Sepanjang kerjayanya, beliau dikenali sebagai artis versatil yang mampu membawa pelbagai watak, daripada komedi hingga drama berat.

Antara pencapaian cemerlangnya termasuk memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-13 menerusi filem *Baginda* serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016 bagi Calon Syurga.

Beliau juga pernah meraih Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Telenovela 2018 melalui Bisik Pada Langit.

Selain lakonan, Jalil turut mencipta fenomena menerusi lagu komedi “Ayam” pada tahun 1993, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai penghibur serba boleh yang dekat di hati peminat.

Berita berkaitan
Akta Hasutan masih relevan tangani isu 3R: Fahmi
14 jam lalu· Politik
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
April 30, 2026· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
April 30, 2026· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
DAP sifatkan Festival Bukit Bintang berjaya bantu peniaga kecil: Guan Eng
10 jam lalu · Isu semasa
Guru tadika didenda RM1,200 cubit murid hingga lebam
10 jam lalu · Isu semasa
Cuti umum sempena Hari Wesak dan Keputeraan Agong: KESUMA
10 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dipenjara 3 bulan hina Agong di TikTok
14 jam lalu · Isu semasa
Akauntan muda dipilih Undang Sungei Ujong yang baharu
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok