MyKad, Pasport baharu diperkenalkan bermula Jun

May 4, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan memperkenalkan kad pengenalan dan pasport dengan ciri keselamatan baharu bermula Jun ini sebagai sebahagian usaha memperkukuh sistem identiti negara, diikuti pelaksanaan penuh Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) pada September.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu menjadi antara keutamaan tahun ini bagi memastikan pengurusan identiti dan pergerakan rakyat lebih tersusun serta selamat.

Menurutnya, dokumen baharu itu dibangunkan selari dengan cabaran keselamatan semasa yang semakin kompleks.

“Sampai satu tahap, kita perlu mengeluarkan dokumen baharu dengan ciri keselamatan yang lebih baik. Usaha ini sudah lama dirancang dan saya yakin kita bersedia melaksanakannya,” katanya ketika berucap pada perhimpunan kementerian hari ini.

Beliau menambah, agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen telah membuat persediaan rapi termasuk pelan sokongan bagi memastikan peralihan berjalan lancar.

Pelaksanaan MyNIISe pula dilihat sebagai pemangkin penting dalam menaik taraf sistem imigresen negara.

Sistem itu akan menggantikan MyIMMs yang telah digunakan lebih dua dekad dan kini dianggap tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan semasa, termasuk peningkatan jumlah pergerakan rentas sempadan dan keperluan integrasi data.

Sebelum ini, kementerian telah menjalankan kerja naik taraf serta migrasi data bagi memastikan sistem baharu lebih stabil, cekap dan mesra pengguna.

MyNIISe juga akan menyokong proses permohonan kewarganegaraan selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan.

Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan aspek keselamatan sempadan kekal menjadi fokus utama.

“Sempadan negara tidak boleh dibolosi oleh mana-mana sindiket yang melanggar undang-undang. Ini antara petunjuk prestasi penting bagi kementerian tahun ini,” katanya.

Berita berkaitan
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
October 29, 2026· Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026· Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
October 28, 2026· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok