Lukisan ratusan juta dikaitkan dana 1MDB dijangka dibawa pulang hujung tahun

May 6, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan lapan lagi lukisan bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diperoleh semula menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata perkembangan itu dicapai melalui kerjasama erat antara Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menerusi mekanisme Bantuan Perundangan Bersama.

“Kami mencapai satu kejayaan penting dalam mendapatkan semula aset. Jika semuanya berjalan lancar, lukisan-lukisan ini dijangka diperoleh menjelang hujung tahun ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM.

Antara karya seni yang sedang dalam proses pemulihan termasuk hasil karya pelukis terkenal dunia seperti Pablo Picasso, Salvador Dalí dan Henri Matisse, dengan sebahagian nilai keseluruhan dianggarkan mencecah lebih AS$120 juta.

Dalam masa sama, Azam memaklumkan pihaknya turut berusaha mendapatkan semula hasil jualan sebuah lukisan karya Claude Monet bertajuk Vétheuil au Soleil, yang dijual di Switzerland pada harga sekitar €25.2 juta (kira-kira RM114 juta).

“Dana tersebut kini dalam proses penyitaan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, dan usaha pemulihan diteruskan melalui saluran perundangan serta kerjasama dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Switzerland,” katanya.

Beliau menegaskan, pemulihan karya seni ini merupakan sebahagian daripada usaha lebih besar kerajaan untuk mendapatkan semula aset yang diseleweng daripada 1MDB, yang sebelum ini mencetuskan siasatan antarabangsa melibatkan pelbagai negara.

SPRM sebelum ini juga sudah berjaya membawa pulang empat karya seni bernilai hampir RM800,000 yang kini disimpan di Putrajaya.

Antara karya tersebut termasuk lukisan oleh Joan Miró dan Balthus.

Menurut Azam, kejayaan itu mencerminkan kerjasama kukuh antara agensi penguatkuasaan tempatan dan rakan strategik antarabangsa dalam menjejaki serta mendapatkan semula aset berkaitan skandal kewangan tersebut.

Skandal 1MDB sebelum ini menjadi antara isu kewangan terbesar negara dan turut memberi kesan kepada landskap politik, termasuk kepada UMNO yang pernah menjadi parti teras pentadbiran ketika dana tersebut diseleweng.

Berita berkaitan
Perpaduan Melayu-Islam UMNO-PAS hanya helah politik: Amanah Selangor
6 jam lalu· Politik
BN-PN bergabung, DAP perlu bersedia hadapi cabaran besar: Loke
16 jam lalu· Politik
Najib kekal di penjara selagi denda RM50 juta belum dibayar: AG
16 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH persoal rekod BN, isu rakyat belum selesai
17 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok