Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan dua individu didakwa susulan siasatan kes urus niaga pelaburan semikonduktor bernilai RM1.1 bilion melibatkan syarikat British, Arm Holdings Plc.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata siasatan kini di peringkat akhir sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
“Setakat ini, kami sudah merakam keterangan 22 saksi dan hanya tinggal dua lagi saksi, termasuk seorang di Taiwan,” katanya dipetik laporan media.
Beliau menjelaskan, siasatan dijalankan di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna kuasa, Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu) dan Seksyen 409 (pecah amanah jenayah).
“Kami telah mengenal pasti dua individu untuk dicadangkan didakwa, namun keputusan muktamad tetap di tangan Peguam Negara,” katanya.
Azam bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit dan tidak mengesahkan sama ada mereka termasuk saksi berprofil tinggi yang telah dipanggil sebelum ini.
“Penyiasat hanya akan mencadangkan pertuduhan jika bukti memenuhi elemen undang-undang. Tindakan lanjut bergantung kepada penilaian pihak pendakwaan,” katanya.
Kes ini mencetuskan perhatian kerana melibatkan pelaburan strategik dalam sektor semikonduktor global, industri yang menjadi fokus utama Malaysia untuk pertumbuhan ekonomi berteknologi tinggi.
SPRM menegaskan siasatan dijalankan secara profesional tanpa mengambil kira latar belakang mana-mana pihak.
“Fokus kami adalah menentukan sama ada wujud unsur jenayah. Jika ada bukti kukuh, tindakan sewajarnya akan diambil,” kata Azam.
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar