Agong bertitah gesa hormati Rukun Negara, teras perpaduan dan keharmonian kaum

June 1, 2026 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang enggan mematuhi prinsip Rukun Negara tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

Baginda bertitah Rukun Negara bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi aku janji setiap rakyat dalam memelihara perpaduan kaum dan keharmonian negara sejak ia diperkenalkan selepas tragedi 13 Mei 1969.

“Jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian semasa Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama isteri, Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Jemaah Menteri dan perwakilan asing.

Baginda menyeru seluruh rakyat menghayati lima prinsip Rukun Negara serta menjadikannya panduan dalam kehidupan harian demi memastikan negara terus aman dan stabil.

Menurut Sultan Ibrahim, perpaduan rakyat menjadi asas utama kekuatan negara, termasuk dalam menjamin kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Dalam titah sama, baginda turut mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berpunca daripada sikap melampau, penghinaan terhadap kaum lain dan hilangnya rasa hormat sesama masyarakat.

“Peristiwa ini telah meruntuhkan perpaduan rakyat dan menghancurkan kestabilan negara. Jangan sampai pisang berbuah dua kali,” titah baginda.

Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan bagi memulihkan perpaduan selepas tragedi 13 Mei.

Lima prinsip utama itu ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan serta Kesusilaan.

Istiadat pengurniaan kali ini merupakan yang ketiga disempurnakan Sultan Ibrahim sejak baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Julai 2024.

Sebanyak 161 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.

Berita berkaitan
Anwar: Lepas TH, Agong titah bongkar Felda
August 15, 2026· Politik
Menteri Agama: Tiada kompromi dalam siasatan RCI TH
August 9, 2026· Isu semasa
Siasatan RCI Tabung Haji dibuat tanpa kompromi, selari titah Agong: Anwar
August 8, 2026· Politik
Agong titah perketat keselamatan pintu masuk negara, siasat skandal RCI TH tanpa kompromi
August 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
7 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok