Parti Bersatu.
Lembaga Disiplin Parti Bersatu mengambil pendirian tegas terhadap semua perkembangan dan kenyataan mutakhir yang melibatkan ahlinya, dengan memberi amaran bahawa mana-mana individu yang didapati bersalah melanggar disiplin dan merosakkan imej parti boleh dipecat serta-merta.
Dalam satu kenyataan, Lembaga Disiplin Bersatu menegaskan sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan menjaga disiplin dan integriti organisasi, setiap pelanggaran peraturan parti akan ditangani tanpa sebarang kompromi.
Sehubungan dengan itu, lembaga tersebut akan segera bersidang dalam masa terdekat bagi meneliti semua laporan serta aduan yang telah dikemukakan.
Semua ahli yang telah dirujuk kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk menghadiri prosiding rasmi bagi memberikan penjelasan dan membela diri.
“Kami ingin menegaskan proses ini akan dijalankan dengan telus, adil, dan berlandaskan Perlembagaan Parti,” jelas kenyataan itu.
“Namun demikian, mana-mana ahli yang didapati bersalah melanggar disiplin dan merosakkan imej parti akan berdepan dengan tindakan tegas termasuklah pemecatan serta-merta,” tambahnya.
Lembaga Disiplin turut menyeru semua ahli agar kekal fokus kepada perjuangan sebenar parti.
Mereka menggesa ahli-ahli mengelak serta menghentikan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh melemahkan parti, dan terus mendukung kepimpinan tertingginya.
“Disiplin adalah asas kekuatan kita, dan ianya mesti dipelihara bersama,” tegas kenyataan itu lagi.
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang