Manivanan Gowin.
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G Manivannan mencabar penyandang Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidy Abdul Kadir berdebat secara terbuka di hadapan penduduk supaya pengundi dapat menilai rekod perkhidmatan serta tawaran kedua-dua calon.
Menurut Manivannan, debat itu wajar diadakan bagi memberi ruang kepada rakyat membuat penilaian berdasarkan fakta, bukannya persepsi atau kempen di media sosial.
“Saya tiada masalah dengan rakan-rakan dalam BN atau MIC, tetapi sepanjang saya turun padang menyantuni masyarakat, banyak komen diterima mengenai perkhidmatan Zaidy.
“Saya difahamkan beliau hilang selama tiga tahun, kemudian muncul ketika pilihan raya dan mendakwa kejayaan kerajaan persekutuan sebagai kejayaan beliau. Saya rasa perkara itu mengaibkan pengundi Jeram Padang,” katanya ketika ditemui dalam siri jelajah kempen di Bahau.
Beliau mendakwa cabaran itu bukan bermotifkan politik kepartian, sebaliknya bertujuan memberi peluang kepada pengundi membandingkan prestasi dan perancangan kedua-dua calon secara terbuka.
“Saya mahu memperbetulkan apa yang dipaparkan di Facebook beliau. Biar penduduk sendiri menilai apa yang benar dan membandingkan apa yang saya tawarkan dengan apa yang beliau tawarkan,” katanya.
Manivannan turut mendakwa sehingga kini beliau belum melihat manifesto atau inisiatif yang jelas dibawa oleh penyandang kerusi berkenaan.
“Retorik dan drama politik harus dihentikan. Biar beliau bentangkan inisiatifnya, saya bentangkan inisiatif saya, kemudian rakyat buat perbandingan,” katanya.
Menurutnya, penganjuran debat itu boleh dikendalikan oleh mana-mana organisasi media bagi memastikan sesi berlangsung secara profesional dan disiarkan secara langsung sekiranya Mohd Zaidy menerima cabaran tersebut.
Kerusi DUN Jeram Padang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Manivannan, Mohd Zaidy, R Sri Sanjeevan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Dayana Dal mewakili Parti Orang Asli Malaysia.
Pada PRN lalu, Mohd Zaidy mempertahankan kerusi DUN Jeram Padang dengan majoriti 693 undi, menjadikan pertandingan kali ini antara kerusi yang dijangka mendapat perhatian sepanjang kempen.
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih