Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat

July 27, 2026 · Politik

Dakwaan seorang pemimpin UMNO Rembau kononnya Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP disifatkan sebagai tuduhan serius yang mencemar institusi diraja.

Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Md Sani Md Shah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit kerana kenyataan itu didakwa menghina serta merendahkan martabat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan institusi diraja negeri.

“Saya terlihat satu video di media sosial berkenaan ucapan seorang lelaki yang didakwa merupakan Ketua Penerangan UMNO Rembau yang menyebut ‘sampai istana, sampai negeri, sampai kuasa negeri, Menteri Besar kita habis dipegang oleh DAP’.

“Bagi saya itu satu tuduhan berat dan fitnah jahat terhadap Istana Negeri Sembilan, khususnya terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau , hari ini.

Menurut Md Sani, institusi diraja tidak sepatutnya dijadikan bahan kempen politik semata-mata untuk meraih sokongan kerana tindakan itu berisiko menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam.

“Dalam kempen, tiada masalah kalau nak sentuh berkaitan parti, tapi tak perlulah menyentuh institusi raja semata-mata mahu meraih sokongan.

“Janganlah ambil kesempatan atas krisis yang sedang berlaku sekarang kerana ia hanya mengeruhkan lagi keadaan. Carilah isu lain yang lebih sesuai,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakan terhadap individu berkenaan penting bagi memastikan penghormatan terhadap institusi diraja terus dipelihara.

Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan seorang pemimpin UMNO Rembau mendakwa Istana Negeri Sembilan telah ‘dipegang’ DAP sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi.

Difahamkan, beberapa laporan polis turut dibuat berhubung kenyataan tersebut.

Hari ini, Istana Negeri Sembilan melalui Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali mengingatkan semua parti politik supaya tidak institusi diraja dalam ceramah atau kempen.

Beliau menegaskan institusi diraja kekal berkecuali serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

 

 

Berita berkaitan
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
July 27, 2026· Politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
3 jam lalu· Politik
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
4 jam lalu· Isu semasa
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
3 jam lalu · Politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
3 jam lalu · Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
5 jam lalu · Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
5 jam lalu · Politik
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
12 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok