Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah

June 25, 2026 · Isu semasa

Seorang ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Ikram Hulu Selangor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 17 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram bernilai hampir RM18 juta yang didakwa digunakan untuk membayar rumah banglo, kad kredit serta beberapa kenderaan mewah.

Fakhrudin Abd Karim, 57, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, Fakhrudin didakwa menggunakan wang berjumlah RM17,997,671.21 yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram bagi pelbagai urusan pembayaran antara 6 Januari 2021 hingga 21 April 2025.

Antara transaksi yang didakwa dilakukan ialah empat pembayaran bagi pembelian rumah banglo berjumlah RM10,542,650.10, tiga pembayaran kad kredit miliknya bernilai RM2,660,236.59, selain 10 pembayaran bagi enam kenderaan mewah melibatkan Mercedes-Benz AMG S63, Land Rover Range Rover SVA-BIO V8 SC, Toyota Alphard S-C Package, dua Porsche dan sebuah Lexus RX300 dengan nilai keseluruhan RM4,794,784.52.

Pendakwaan mendakwa transaksi itu dilakukan menerusi pemindahan wang daripada akaun bank milik Ehsan Cares Solution ke beberapa akaun syarikat serta kad kredit milik tertuduh.

Satu lagi transaksi melibatkan pemindahan daripada akaun tertuduh ke akaun sebuah syarikat bagi pembayaran sebuah Porsche, manakala pembelian Lexus RX300 pula didakwa dibuat melalui cek daripada akaun bank milik Fakhrudin.

Kesemua transaksi itu didakwa dilakukan di dua buah bank di Bangsar dan Bukit Bintang.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes.

Pada prosiding hari ini, Fakhrudin mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Sebelum ini, pada 16 Jun lalu, Fakhrudin turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM98.27 juta.

Kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Berita berkaitan
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
16 jam lalu· Politik
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
19 jam lalu· Isu semasa
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
23 jam lalu· Isu semasa
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
June 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
June 25, 2026 · Isu semasa
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
June 25, 2026 · Isu semasa
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
17 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
18 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok