Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia mengumumkan pembaharuan polisi pakaian seragamnya, dengan membenarkan semua kru kabin wanita memakai hijab semasa bertugas, berkuat kuasa sepenuhnya menjelang Ramadan tahun 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation, Bo Lingam, menyifatkan langkah ini selaras dengan budaya syarikat dan evolusi berterusan berpandukan maklum balas kakitangan dengan memberi komitmen syarikat terhadap kepelbagaian dan inklusiviti.
“AirAsia berbangga mewujudkan persekitaran kerja di mana setiap Allstar berasa yakin, selesa dan bangga mewakili syarikat penerbangan,” katanya.
“Evolusi ini membina asas profesionalisme kami dengan memberikan keyakinan kepada kakitangan selaras dengan kepercayaan mereka,” tambahnya lagi.
Polisi baharu ini merupakan langkah terbuka daripada amalan sedia ada, di mana kru kabin sudah memakai hijab di laluan tertentu seperti Jeddah bagi mematuhi peraturan tempatan.
Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan, berkata langkah tersebut mencerminkan identiti syarikat.
“Allstars kami berasal daripada pelbagai latar belakang, namun kami bersatu dalam komitmen untuk memberikan perkhidmatan bertaraf dunia,” jelas Suhaila.
“Kerja terperinci untuk reka bentuk dan pelaksanaan sedang dijalankan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya,” ujarnya.
Pengerusi Capital A, Tony Fernandes, turut mengulas mengenai keputusan tersebut dengan berkata kekuatan AirAsia terletak pada kepelbagaian tenaga kerja dan keterbukaan terhadap pandangan.
“Apabila kru kabin mengutarakan perkara ini, adalah penting untuk menilainya dengan serius. Menghormati kepercayaan yang berbeza bukan sahaja sebahagian daripada budaya kami, malah telah membentuk kejayaan kami,” ujar Tony.
Seragam ikonik berwarna merah syarikat akan dikekalkan, dengan penambahan pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional.
Perubahan ini dilaksanakan bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan konsistensi jenama di seluruh rangkaian AirAsia.
Kerajaan cari jalan bantu syarikat media bertahan: Fahmi
Gagal tangani akaun palsu kerabat diraja, kerajaan teliti tindakan terhadap Meta: Fahmi
Fahmi santuni bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, serah sumbangan HAWANA
Transformasi AI dan digital perlu sampai ke kampung: PMX
Bekalan minyak negara kembali stabil, PETRONAS ambil langkah proaktif: PMX
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan