Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X Bhd, mengumumkan kenaikan tambang penerbangan antara 30 hingga 40 peratus susulan lonjakan mendadak harga bahan api jet di pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Bo Lingam berkata, harga bahan api jet meningkat lebih dua kali ganda daripada sekitar AS$90 setong sebelum konflik Timur Tengah kepada kira-kira AS$200 setong ketika ini.
Menurutnya, syarikat tidak mempunyai perlindungan harga bahan api (fuel hedge), menyebabkan kos operasi meningkat secara langsung.
“Kami terpaksa bayar mengikut harga pasaran semasa,” katanya dalam satu taklimat media, sambil menambah kadar tambang akan disemak dari semasa ke semasa.
Beliau menjelaskan kenaikan caj bahan api sahaja mencecah sekitar 20 peratus, manakala keseluruhan tambang meningkat sehingga 40 peratus bagi menampung kos yang melonjak.
Dalam usaha mengurangkan tekanan kos, AirAsia turut mengurangkan kapasiti bagi laluan tertentu serta menamatkan laluan yang tidak menguntungkan.
Walaupun berdepan kenaikan harga, permintaan penumpang kekal kukuh, menunjukkan pengguna masih mampu menampung tambang yang lebih tinggi.
Lonjakan harga minyak global ini dikaitkan dengan ketegangan geopolitik yang memuncak di Timur Tengah, khususnya konflik melibatkan Iran yang menjejaskan bekalan minyak dan laluan perdagangan utama seperti Selat Hormuz.
Harga minyak tanah jet dilaporkan meningkat lebih 140 peratus dalam tempoh sebulan.
Pengasas bersama AirAsia, Tony Fernandes, berkata syarikat itu berpengalaman mengharungi krisis serupa sebelum ini, termasuk ketika pandemik Covid-19 dan konflik Ukraine.
“Kami sudah melalui pelbagai krisis sebelum ini. Ini bukan sesuatu yang baharu,” katanya.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib