Puad mengulas isu berhubung langkah Zafrul meninggalkan UMNO.
Akar umbi UMNO tidak bersedih dengan keputusan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan parti, malah bersyukur dengan langkah tersebut.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi menyifatkan keputusan Zafrul itu memberi kelegaan kepada mereka kerana lebih baik meninggalkan parti daripada berterusan menjadi musuh dalam selimut.
“Seperti kata (Presiden UMNO) Ahmad Zahid Hamidi – eloklah keluar kalau tiada kesetiaan dalam parti. Akar umbi pun tak marah. Mereka akan marah kalau dia tak keluar atau tak dipecat,” katanya.
Puad juga menyindir bekas pemimpin parti itu, Annuar Musa yang dilihat cuba menyibuk dalam isu dalaman UMNO apabila cuba memainkan isu berhubung keputusan dibuat oleh Zafrul.
“Zafrul lagi baik dari Annuar. Zafrul keluar parti. Annuar pula tak mahu keluar. Dia nak jadi duri dalam daging. Mahu tikam UMNO dari dalam. Jadi ajen Bersatu.
“Akar umbi UMNO tepuk tangan bila dia (Annuar) dipecat. Annuar yang marah sampai masuk PAS. Jilat balik apa dia cerca pasal PAS,” sindir Puad.
Puad mengulas kenyataan bekas setiausaha agung UMNO itu bahawa tindakan Zafrul keluar parti sudah dirancang, memandangkan menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu berterima kasih kepada presiden UMNO kerana tidak memarahinya.
Terdahulu, Zafrul mengumumkan peletakan semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat menyertai PKR.
Pemuda PH Negeri Sembilan desak MB kemuka senarai Exco baharu
Wanita PKR gesa institusi raja tidak dijadikan medan politik
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum