Dr Muhamad Akmal Saleh.
Dr. Akmal Saleh, membidas tindakan seorang pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang yang didakwa mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik, menyifatkannya sebagai perbuatan tidak menghormati negara.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial, Ketua Pemuda UMNO itu mendakwa individu tersebut sengaja mengibarkan bendera terbalik sebelum merakam dan menyebarkannya seolah-olah mencemuh rakyat Malaysia.
“Memang dia patut dikenakan tindakan. Bukti foto dan video telah tersebar. Dia cuba berdalih dengan membuat laporan polis kononnya tidak bersalah, padahal perbuatannya jelas,” tegasnya.
Beliau menggesa rakan-rakan Pemuda UMNO hadir ke kedai berkenaan pada Isnin ini untuk memberikan tunjuk ajar cara pengibaran bendera yang betul.
Kejadian ini menambah senarai insiden serupa baru-baru ini, termasuk kes di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Negeri Sembilan bulan lalu, di mana Jalur Gemilang terbalik dikibarkan oleh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).
Pihak sekolah telah memohon maaf dan menjelaskan ia berlaku tanpa niat.
Polis mengesahkan sedang menyiasat kes terbaru ini di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Bendera Kebangsaan 1963. Pemilik kedai sebelum ini mengaku ia kesilapan tidak sengaja tanpa niat menghina.
“Jalur Gemilang lambang kedaulatan negara. Kesilapan begini tidak boleh diulang, sama ada sengaja atau tidak,” kata Akmal lagi.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri