Akmal persoal kenapa DAP koyak walaupun himpunan berjalan secara aman

August 15, 2025 · Politik

Dr Akmal Saleh, menyatakan bahawa beliau tidak berasa gentar dengan ancaman DAP untuk membuat laporan polis berhubung himpunan yang diadakan di hadapan sebuah kedai perkakas di Kepala Batas, Pulau Pinang, petang Khamis lalu.

Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan perhimpunan semalam tersebut berlangsung secara aman tanpa sebarang tindakan provokatif seperti memijak gambar pemimpin DAP.

“Kami berhimpun dengan aman, dan tiada langsung gambar pemimpin kamu dipijak semalam. Nak buat laporan polis? Sila, saya sedia memberi kerjasama. Takut dengan kamu? Sama sekali tidak,” tegasnya.

Kenyataan itu merupakan respons kepada arahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang mengarahkan Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 503 (ugutan jenayah), Seksyen 504 (kenyataan menghina dengan niat menimbulkan kekacauan), dan Seksyen 505 (kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam).

Selain itu, laporan turut akan dibuat di bawah Seksyen 507B (menyebabkan mangsa berasa terganggu, tertekan, takut atau bimbang) dan 507C (mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan gangguan atau kebimbangan) sebagai langkah menangani isu buli.

Akmal turut mengingatkan tindakan DAP ketika masih menjadi pembangkang yang sering melanggar arahan polis untuk tidak mengadakan perhimpunan.

“Dulu, semasa kamu pembangkang, banyak arahan polis diabaikan. Kamu tetap berhimpun walaupun dilarang.

“Adakah tindakan itu juga boleh didakwa kerana melanggar arahan Ketua Polis? Malah, ada insiden kereta terbalik dan gambar pemimpin kerajaan dipijak pada masa itu,” sindirnya.

Beliau mempersoalkan mengapa DAP bertindak seolah-olah himpunan tersebut menimbulkan kekacauan sedangkan ia berjalan dengan terkawal.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
6 jam lalu· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
10 jam lalu· Politik
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
12 jam lalu· Isu semasa
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
2 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
9 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
10 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
12 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok