Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’

July 20, 2026 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menyelar kritikan Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap usaha menyatukan parti-parti politik Melayu, sambil menyifatkan reaksi sayap PKR itu sebagai keterlaluan.

Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Akmal turut menyindir kenyataan AMK yang mendakwa usaha penyatuan parti Melayu seolah-olah menunjukkan UMNO terpaksa “cium tapak kaki” pihak lain demi kepentingan politik.

“Bila kita nak satukan parti politik Melayu, dia kata kita ‘cium tapak kaki’ pula. Kalau ikut logik AMK ini, kerjasama dia dengan DAP maknanya dia pun ‘cium tapak kaki’ DAP lah.

“Patutlah begitu jadinya. Kesian menggelupur sangat bila kita nak bersatu,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap Setiausaha AMK Selangor, Ghafurullah Ismail yang mengkritik cadangan kerjasama melibatkan parti-parti Melayu, khususnya membabitkan UMNO.

Menurut Ghafurullah, UMNO kini dilihat semakin bergantung kepada parti lawan bagi meraih sokongan politik dan tidak lagi mampu berdiri atas kekuatan sendiri walaupun menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut mendakwa parti itu lebih cenderung menjalinkan kerjasama dengan bekas lawan politik bagi menghadapi pilihan raya.

Dalam kenyataan sama, Ghafurullah turut mempertikaikan dakwaan Ketua Pemuda UMNO Kapar, Afifi Aris yang berpandangan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS mampu membantu UMNO merampas semula kerusi Parlimen Kapar serta beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kenyataan tersebut tidak berpijak di bumi nyata memandangkan landskap politik semasa dan kekuatan sokongan di kawasan terbabit.

Berita berkaitan
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok