Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin

July 27, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) mendakwa kempen yang memainkan sentimen kaum dan agama sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanya mencerminkan kegagalan pihak lawan menawarkan dasar serta rekod pentadbiran yang lebih baik kepada rakyat.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin, berkata pendekatan digunakan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, merupakan corak politik lama yang tidak lagi sesuai dalam landskap politik negara.

Menurut beliau, pengundi di Negeri Sembilan sepatutnya menilai prestasi pentadbiran berbanding dipengaruhi retorik yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“BN dan PN tidak mampu menandingi prestasi pentadbiran PH di Negeri Sembilan di bawah Aminuddin Harun. Sebab itu mereka memainkan isu kaum dan sentimen agama. Pendekatan seperti ini tidak bertanggungjawab.

“Apabila tidak mampu bersaing dari segi prestasi, mereka memilih retorik politik. Negara memerlukan politik baharu yang berasaskan prestasi serta mampu menyatukan semua kaum dan agama,” katanya ketika berucap pada ceramah di Bilik Gerakan PKR Cabang Seremban, malam Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, politik berasaskan sentimen perkauman hanya akan mengaburkan pertimbangan rakyat dalam memilih kerajaan yang benar-benar berupaya mentadbir dengan baik.

“Saya tahu bahayanya jika setiap hari kita membakar semangat agama dan perkauman. Akhirnya rakyat tidak lagi menilai prestasi sesebuah kerajaan, sebaliknya membuat pilihan berdasarkan warna kulit atau agama.

“Jika keadaan itu berlaku, pemimpin tidak lagi perlu bekerja keras kerana mereka boleh terus menang hanya dengan memainkan sentimen perkauman, sedangkan negara semakin merosot,” katanya.

Beliau turut mengkritik pendekatan Sanusi sepanjang berkempen di Negeri Sembilan yang disifatkannya sekadar mengulangi retorik politik lama tanpa menawarkan penyelesaian kepada isu rakyat.

Dalam perkembangan sama, Tze Tzin berkata kestabilan politik Negeri Sembilan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Menurutnya, syarikat makanan dari Jepun, Ajinomoto, sedang menilai peluang mendapatkan tapak di Negeri Sembilan bagi membangunkan sebuah kilang baharu susulan gangguan terhadap operasi syarikat itu akibat konflik antarabangsa.

“Ajinomoto menyatakan hasrat mendapatkan tanah untuk membina kilang di Malaysia kerana operasi mereka terjejas akibat perang. Mereka mahu memindahkan operasi ke negara yang aman dan stabil,” katanya.

Berita berkaitan
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
July 27, 2026· Politik
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
July 27, 2026· Isu semasa
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
July 27, 2026· Politik
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
12 jam lalu · Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
12 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
16 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
16 jam lalu · Politik
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
1 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok