Akta baharu bakal wajibkan pesalah bayar pampasan kepada waris: Loke

July 17, 2026 · Isu semasa

Pesalah yang disabitkan dalam kes kemalangan jalan raya bakal dikenakan hukuman tambahan membayar pampasan kepada mangsa atau waris mangsa menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang sudah mendapat persetujuan dasar Jemaah Menteri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata keputusan Kabinet itu bertujuan memastikan pesalah bukan sahaja dikenakan hukuman penjara, denda atau hilang kelayakan memandu, malah turut dipertanggungjawabkan terhadap kesan yang ditanggung mangsa serta keluarga mereka.

Menurutnya, mekanisme itu akan melibatkan kesalahan seperti memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, memandu secara melulu serta kesalahan lain yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

“Ketika ini pesalah hanya dikenakan hukuman penjara ataupun denda, namun tiada unsur pampasan kepada keluarga mangsa.

“Apa yang kita mahu wujudkan ialah satu mekanisme baharu dalam perundangan negara di mana mahkamah boleh mengarahkan mereka yang didapati bersalah membayar pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Loke berkata, jumlah pampasan tidak akan ditetapkan oleh kerajaan, sebaliknya diputuskan mahkamah mengikut fakta dan merit setiap kes.

Katanya, mahkamah akan mengambil kira beberapa faktor termasuk tahap keseriusan kesalahan, kecederaan atau kehilangan nyawa, kerugian yang ditanggung mangsa atau waris serta kemampuan pesalah untuk menjelaskan pampasan.

Beliau turut memaklumkan pindaan itu akan disertakan dengan penambahbaikan terhadap Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), termasuk tatacara pemakluman mata demerit yang lebih jelas, mekanisme representasi dan semakan pentadbiran, selain penyelarasan atau penghapusan mata demerit jika kesalahan tidak dibuktikan atau tiada sabitan dikenakan.

“Cadangan pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya dan pengukuhan KEJARA merupakan langkah penting untuk memperkukuhkan keadilan, akauntabiliti serta keselamatan di jalan raya,” katanya.

Menurut Loke lagi, Kementerian Pengangkutan akan memulakan proses menggubal pindaan Akta 333 menerusi sesi libat urus bersama kementerian, agensi berkaitan, industri insurans dan pihak berkepentingan bagi memperincikan mekanisme pelaksanaannya.

Kerajaan menyasarkan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan itu dapat dibentangkan pada sidang Parlimen hujung tahun ini sekiranya proses penggubalan berjalan mengikut jadual.

Katanya, kerajaan juga bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi meneliti RUU tersebut secara menyeluruh supaya mendapat pandangan pelbagai pihak serta sokongan merentasi parti.

Beliau menegaskan cadangan pampasan itu tidak akan menggantikan hukuman sedia ada, sebaliknya menjadi hukuman tambahan kepada pesalah.

“Hukuman penjara dan denda masih kekal. Ini adalah tambahan kepada hukuman sedia ada kerana pesalah juga mempunyai tanggungjawab terhadap mangsa dan waris mangsa,” katanya.

Cadangan pindaan ini dilihat sebagai antara pembaharuan terbesar terhadap Akta Pengangkutan Jalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan matlamat meningkatkan keadilan kepada mangsa kemalangan selain memperkukuh budaya pemanduan yang lebih bertanggungjawab di negara ini.

Berita berkaitan
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
8 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026· Politik
Isu tahanan rumah Najib, DAP bincang pendirian esok
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
September 22, 2026 · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
8 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
10 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok