AMK bidas PAS kritik program korban PM sebagai tak matang

May 27, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari yang menyindir program korban dan bantuan asnaf anjuran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sempena Aidiladha sebagai tidak matang dan tidak wajar dipolitikkan.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan sinis berhubung sumbangan lembu korban itu hanya mewujudkan persepsi negatif terhadap usaha kebajikan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

Menurut beliau, lebih 700 ekor lembu korban diagihkan di seluruh negara sempena sambutan Aidiladha tahun ini menerusi peruntukan dan sumbangan yang diselaraskan atas kapasiti Perdana Menteri bagi membantu golongan memerlukan.

Katanya, pelaksanaan program tersebut turut diselaraskan oleh AMK Malaysia dengan kerjasama pelbagai yayasan, pertubuhan, persatuan dan rakan strategik lain bagi memastikan agihan sampai kepada penerima sasaran.

“Program Majlis Qurban Kasih Madani dilaksanakan di pelbagai kawasan parlimen seluruh negara dengan penglibatan belia tempatan, masjid, surau, rumah anak yatim, institusi tahfiz serta komuniti setempat tanpa mengira fahaman politik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, antara kawasan yang menerima manfaat besar ialah Parlimen Padang Rengas apabila hampir 50 ekor lembu korban diagihkan kepada masjid, surau, rumah anak yatim, pusat tahfiz dan penduduk setempat.

Selain itu, Program Korban Perdana Madani di Kampung Ribu turut melibatkan 10 ekor lembu korban yang memberi manfaat kepada lebih 2,000 penerima.

Kamil menegaskan program berkenaan bukan bertujuan meraih sokongan politik, sebaliknya merupakan usaha kebajikan berskala besar bagi membantu rakyat terutama golongan asnaf.

“Walaupun Perdana Menteri tidak mengambil gaji, beliau tetap melaksanakan amanah sebagai ketua kerajaan dan Menteri Kewangan dengan memastikan bantuan rakyat disalurkan secara adil ke seluruh negara termasuk negeri pembangkang,” katanya.

Beliau turut mendakwa rakyat di Kelantan termasuk di Parlimen Pasir Mas tidak pernah dipinggirkan daripada menerima pelbagai bantuan di bawah Kerajaan Madani.

“Ahli Parlimen Pasir Mas sewajarnya bertanya kepada Menteri Besar Kelantan sama ada Perdana Menteri pernah berlaku zalim terhadap rakyat negeri itu ataupun sebaliknya,” katanya lagi.

Kontroversi itu tercetus selepas Fadhli menerusi hantaran di Facebook secara sinis memuji Anwar yang menyumbangkan 80 ekor lembu korban untuk golongan asnaf di Permatang Pauh walaupun tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

Isu berkenaan menjadi perhatian apabila program korban dan bantuan rakyat sering dijadikan bahan pertikaian politik antara kerajaan dan pembangkang terutama menjelang sambutan Aidiladha.

Namun bagi AMK, semangat pengorbanan dan kebersamaan dalam membantu rakyat sewajarnya diutamakan berbanding polemik politik.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok