Anak bongsu bekas PM ditahan polis, dadah turut ditemui dalam kereta

August 24, 2025 · Isu semasa

Seorang lelaki berusia 20-an yang merupakan anak bekas Perdana Menteri telah ditahan pihak polis selepas sejumlah dadah ditemui dalam kereta miliknya di Lebuh Raya Sprint semalam.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, mengesahkan penahanan tersebut ketika dihubungi media berhubung isu penahanan anak bongsu bekas PM tersebut.

“Ya, saya sahkan penahanan itu,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Menurut sumber polis, tangkapan dibuat semasa operasi pencegahan jenayah bersepadu yang dijalankan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar kawasan Damansara.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan, polis menemui sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penyalahgunaan dadah.

Difahamkan suspek mempunyai rekod kesalahan lampau yang berkaitan dengan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman sehingga lima tahun penjara atau denda RM20,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. Polis menekankan bahawa operasi penguatkuasaan undang-undang akan terus dilaksanakan tanpa mengira latar belakang atau status individu.

Berita berkaitan
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
15 jam lalu· Politik
Sukar dakwa dalam kes spa Chow Kit, ada kelompangan undang-undang: Saifuddin Nasution
February 9, 2026· Isu semasa
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
February 9, 2026· Politik
Dua aktivis peserta himpunan Garah disiasat bawah Akta Hasutan
February 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
5 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
5 jam lalu · Isu semasa
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok