Ancaman dadah sintetik kian meruncing, fentanyl juga dikesan dalam vape

8 jam lalu · Isu semasa

Dadah sintetik kini menjadi ancaman utama penyalahgunaan dadah di negara ini apabila hampir 70 peratus daripada keseluruhan kes penagihan yang direkodkan melibatkan bahan tersebut, dengan negeri-negeri di Pantai Timur dikenal pasti sebagai kawasan paling terkesan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, trend penggunaan dadah di negara ini menunjukkan perubahan ketara apabila penagih tidak lagi menjadikan heroin, morfin, ganja atau ketum sebagai pilihan utama, sebaliknya beralih kepada dadah sintetik seperti amphetamine-type stimulants (ATS), syabu dan metamfetamin.

“Di negeri-negeri Pantai Timur, ganja, heroin, ketum dan morfin bukan lagi pilihan utama. Sebaliknya, pengguna beralih kepada ATS, syabu dan metamfetamin yang jauh lebih berbahaya,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai jumlah kes penagihan dadah sintetik sejak 2023 serta langkah kerajaan menangani peningkatan penggunaannya termasuk ancaman fentanyl.

Menurut Saifuddin, sebanyak 145,526 kes penyalahgunaan dadah sintetik direkodkan pada 2023 sebelum meningkat kepada 192,857 kes pada 2024. Bagi tahun lalu pula, sebanyak 141,817 kes direkodkan.

Katanya, kerajaan turut memantau kemunculan bahan sintetik baharu seperti fentanyl yang dikesan melalui beberapa operasi melibatkan cecair vape.

“Fentanyl memang sudah ada di negara kita, tetapi belum berada pada tahap yang serius. Namun, fentanyl mempunyai kesan puluhan kali ganda lebih kuat daripada morfin dan boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan,” katanya.

Beliau menegaskan penyebaran fentanyl di Malaysia masih belum mencapai tahap membimbangkan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dan Kanada, namun langkah pencegahan awal telah diambil.

“Kerajaan telah memasukkan fentanyl ke dalam Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya dan undang-undang berkaitan bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan serta pendakwaan dilaksanakan,” katanya.

Saifuddin turut mendedahkan golongan muda berusia antara 15 hingga 39 tahun merupakan kumpulan paling ramai terlibat dalam penyalahgunaan dadah, mewakili hampir 75 peratus daripada keseluruhan 192,000 kes yang direkodkan.

Berdasarkan analisis terkini, katanya, terdapat kira-kira 560 individu terlibat dengan penyalahgunaan dadah bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia.

“Daerah yang merekodkan kadar tertinggi ialah Pendang, diikuti Kuala Krai, Bachok, Besut dan Mersing. Ini bukan sekadar statistik. Ia memberi gambaran jelas bahawa ancaman dadah sedang menjejaskan generasi yang sepatutnya menjadi pemacu ekonomi negara,” katanya.

Berita berkaitan
Polis siasat misteri lelaki berseragam bawa senjata di Kepong
12 jam lalu· Isu semasa
Johor terima lebih banyak peruntukan di bawah Kerajaan Madani: Saifuddin
20 jam lalu· Politik
Jamal selesai bayar kos saman kepada Kok, lelongan harta ditangguh
June 20, 2026· Politik
21 saksi selesai beri keterangan dalam kes rasuah bekas MB Perlis
June 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
5 jam lalu · Isu semasa
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
5 jam lalu · Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
8 jam lalu · Isu semasa
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok