Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang

July 30, 2026 · Isu semasa

Lembaga Tabung Haji (TH) diyakini mampu terus mencatat prestasi cemerlang selepas berjaya dipulihkan daripada krisis kewangan yang hampir menjejaskan kedudukannya sebagai institusi kewangan Islam.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata pengalaman dilalui TH menjadi peringatan penting tentang keperluan mengamalkan integriti, tadbir urus yang baik dan pengurusan amanah bagi memastikan institusi itu terus kukuh serta mendapat kepercayaan rakyat.

“Alhamdulillah, dapat dikesan awal dan dipulihkan. Dan saya yakin institusi Tabung Haji itu akan terus cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank, hari ini.

Anwar berkata, integriti dan tadbir urus yang baik tidak sepatutnya sekadar menjadi slogan atau retorik, sebaliknya perlu diterapkan dalam setiap aspek pengurusan supaya sebarang kelemahan yang boleh menjejaskan kepentingan masyarakat dan negara tidak berulang.

Beliau turut mengingatkan TH mempunyai sejarah yang panjang dan membanggakan sejak penubuhannya hasil cetusan Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, selain telah memberi perkhidmatan kepada ratusan ribu jemaah haji.

Menurutnya, kejayaan memulihkan TH membuktikan pengurusan yang berintegriti mampu mengembalikan keyakinan terhadap institusi penting negara.

Semalam, Anwar mendedahkan laporan yang dibentangkan kepada Jemaah Menteri menunjukkan TH pernah mengalami kerugian mencecah RM10 bilion.

Susulan itu, beliau mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran dalam pengurusan institusi berkenaan.

Katanya, mana-mana individu atau pihak yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan TH mengalami kerugian dan penipuan akan disiasat oleh pihak berkuasa.

Pendedahan itu dibuat selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Laporan tersebut menggariskan penemuan serta syor penambahbaikan bagi memastikan institusi berkenaan terus diurus secara telus, mampan dan berintegriti.

Berita berkaitan
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
October 22, 2026· Politik
Malaysia sedia bantu Indonesia tangani kebakaran hutan: Anwar
October 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
5 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
6 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
6 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok