Jabatan Peguam Negara (AGC).
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Penegasan itu dibuat susulan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 22 September 2026 mengenai keputusan menggantung tugas kedua-dua penyandang jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
Dalam kenyataan media, AGC menjelaskan urusan berkaitan pelantikan, termasuk penggantungan tugas bagi kedua-dua jawatan berkenaan, berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
AGC berkata perkara itu diperuntukkan di bawah Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).
“Jabatan ini berpandangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas penyandang kedua-dua jawatan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Menurut AGC, kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri mempunyai peruntukan khusus dalam UUTKNS, termasuk aspek pelantikan dan urusan perkhidmatan.
Dalam isu pelantikan Penasihat Undang-Undang Negeri yang baharu pula, AGC menjelaskan proses itu perlu mematuhi Perkara 37 UUTKNS.
Pelantikan tersebut hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Perkembangan itu berlaku ketika isu penggantungan tugas dua pegawai kanan kerajaan negeri menjadi perhatian susulan keputusan pentadbiran Negeri Sembilan pada Selasa.
Kenyataan AGC turut menjelaskan kedudukan bidang kuasa antara kerajaan negeri dengan badan perkhidmatan awam yang mempunyai kuasa khusus di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
AGC pada masa sama menegaskan proses berkaitan pelantikan atau penggantungan penyandang kedua-dua jawatan perlu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum