Anwar meminta orang ramai membaca Al-Fatihah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Masa Depan 2026 (IFC 2026) di ibu negara, hari ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini.
Anwar menyampaikan ucapan itu ketika berlangsung Persidangan Antarabangsa Masa Depan 2026 (IFC 2026) di ibu negara, hari ini.
Beliau turut mengajak hadirin mendoakan Allahyarham serta bersama-sama membaca Surah al-Fatihah sebagai penghormatan terakhir.
“Izinkan saya berkongsi berita dukacita mengenai pemergian Tun Siti Hasmah Mohamad Ali. Semoga Allah merahmati rohnya dan marilah kita sama-sama membacakan al-Fatihah,” katanya.
Pemergian Siti Hasmah pada usia 100 tahun disahkan anaknya, Mokhzani Mahathir.
Allahyarham meninggalkan tujuh anak dan merupakan antara tokoh wanita yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara, khususnya dalam bidang perubatan, kesihatan awam dan kerja kemasyarakatan.
Siti Hasmah dilahirkan pada 12 Julai 1926 dan merupakan antara wanita Melayu pertama yang mendapat pendidikan perubatan di Universiti Malaya di Singapura sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kesihatan awam di London.
Beliau pernah berkhidmat dalam sektor kesihatan kerajaan sebelum menjadi isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sepanjang hayatnya, Siti Hasmah turut dikenali melalui penglibatan dalam pelbagai program kebajikan, kesihatan dan kemasyarakatan.
Berita pemergiannya hari ini turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh wanita yang banyak berjasa kepada negara.
Jenazah Allahyarham dijangka diuruskan keluarga sebelum urusan pengebumian dimaklumkan.
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
Penghantaran Ubat Melalui Pos: 80,000 pesakit bakal terima manfaat
Dr Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya
Pasport Malaysia naik ke tangga kedua dunia
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum