Anwar tunaikan hasrat murid SK Polis Depot

November 14, 2026 · Isu semasa

Hasrat seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Depot, Muadz, untuk bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau hadir memenuhi undangan ke Karnival Anak Malaysia anjuran sekolah berkenaan hari ini.

Anwar berkata, kesibukan dengan jadual tugas rasmi tidak menghalangnya daripada meluangkan masa memenuhi jemputan murid berkenaan, sekali gus menceriakan warga sekolah yang menyambut kehadirannya.

Beliau menyifatkan karnival yang berlangsung di sekolah terletak dalam kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak itu sebagai cukup meriah dengan pelbagai aktiviti membabitkan murid dan ibu bapa.

“Alhamdulillah, terkejut juga tengok meriahnya karnival ini, dah macam hari keluarga! Seronok tengok anak-anak bersemangat menyertai pelbagai aktiviti, ada berpakaian seperti polis, tentera dan bomba, di samping ibu bapa pun turut sama memeriahkan karnival anjuran sekolah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam kunjungan itu, Anwar turut mengambil kesempatan meninjau keadaan infrastruktur sekolah serta mendengar sendiri perkara yang dibangkitkan guru besar, khususnya berkaitan kemudahan, keselesaan dan aspek keselamatan murid.

Katanya, perkara yang memerlukan perhatian itu akan diteliti untuk tindakan lanjut bagi memastikan persekitaran pembelajaran lebih baik dan selamat kepada warga sekolah.

“Insya-Allah, saya akan teliti perkara yang dibangkitkan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Muadz dan seluruh warga sekolah atas jemputan serta sambutan mesra yang diberikan.

Beliau turut berpesan supaya murid terus bersemangat menuntut ilmu, berusaha mencapai cita-cita dan suatu hari nanti mampu menyumbang kepada masyarakat serta negara.

“Saya doakan kalian berjaya dalam mengejar cita-cita serta suatu hari nanti dapat berbakti kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Kunjungan itu bukan sahaja memenuhi hasrat seorang murid untuk bertemu pemimpin negara, malah memberi peluang kepada Perdana Menteri melihat sendiri keadaan dan keperluan sebuah sekolah yang menjadi sebahagian daripada komuniti keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berita berkaitan
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Pelumba cilik Pahang terima bantuan RM10,000 daripada PM
November 21, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan
November 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
11 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
11 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
11 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok