Asean, GCC dan China bersatu hati kutuk serangan di Gaza

May 28, 2025 · Isu semasa

Pemimpin-pemimpin Asean, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China mengutuk serangan terhadap orang awam di Gaza, dan menyeru semua pihak terlibat menghentikan serangan yang menyasarkan mereka.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak Asean-GCC-China sulung yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa, para pemimpin itu juga sepakat menyeru supaya diadakan gencatan senjata yang berkekalan.

Mereka turut menggesa akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan, keperluan asas dan pemulihan perkhidmatan penting di Gaza, di samping membenarkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di kawasan itu.

“Para pemimpin itu telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan tersebut dan bersetuju untuk menyokong usaha berterusan bagi membebaskan semua tebusan, dan mereka yang ditahan sewenang-wenangnya,” menurut kenyataan itu.

Mereka menggesa semua pihak yang terlibat untuk berusaha ke arah penyelesaian aman konflik dengan tujuan merealisasikan penyelesaian dua negara berdasarkan penetapan sempadan sebelum 1967.

Para pemimpin itu bersetuju untuk menyokong usaha pakatan global bagi pelaksanaan penyelesaian dua negara, dengan mengambil kira inisiatif Arab Saudi untuk bekerjasama dengan Norway dan Kesatuan Eropah ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Mereka juga mengiktiraf usaha pengantaraan Qatar untuk gencatan senjata serta memudahkan penyampaian bantuan, dan juga usaha China ke arah perdamaian dalaman Palestin.

“… terutama peranannya dalam memudahkan pemeteraian Deklarasi Beijing mengenai Pengakhiran Perpecahan dan Memperkukuh Perpaduan Nasional Palestin oleh puak-puak Palestin pada Julai 2024, di Beijing. – Bernama

Berita berkaitan
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
17 jam lalu· Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
June 23, 2026· Politik
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
June 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
June 25, 2026 · Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
June 25, 2026 · Isu semasa
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
June 25, 2026 · Isu semasa
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
17 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok