ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX

8 jam lalu · Isu semasa

Pengurusan portfolio yang berdisiplin, kawalan risiko berhemat serta strategi pelaburan yang lebih selektif menjadi antara faktor utama Amanah Saham Malaysia 3 (ASM3) mencatat agihan pendapatan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

ASM3 mengumumkan agihan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026, meningkat daripada 4.75 sen seunit pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM1.01 bilion, memanfaatkan 818,137 pemegang unit dengan pegangan keseluruhan 20.97 bilion unit.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu mencerminkan keupayaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengurus amanah pelaburan secara berkesan, terutama ketika pasaran global berdepan ketidaktentuan.

“Alhamdulillah, ASM3 mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dan meningkat daripada 4.75 sen seunit (2025),” katanya menerusi hantaran di X, hari ini.

Menurut Anwar, tatakelola yang baik tidak hanya bermaksud memastikan tiada ketirisan atau salah guna, tetapi turut menuntut kecekapan mengurus amanah, mencipta nilai dan memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat.

“Tatakelola yang baik bukan sekadar memastikan tiada ketirisan dan salah guna, tetapi juga menuntut kecekapan mengurus amanah, mencipta nilai serta memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

ASNB sebelum ini memaklumkan prestasi ASM3 turut disokong keuntungan direalisasikan, pendapatan dividen dan sumber pendapatan lain daripada portfolio pelaburan yang dipelbagaikan di pasaran domestik serta antarabangsa.

Sehingga 23 September lalu, ASM3 merekodkan pendapatan bersih direalisasikan sebanyak RM1.23 bilion dan mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 bulan Maybank sebanyak 301 mata asas, dengan kadar penanda aras 1.99 peratus.

ASNB turut menjelaskan prestasi itu dicapai melalui pengurusan portfolio yang berdisiplin, pengurusan risiko secara berhemat serta pemilihan pelaburan dalam bidang yang mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang.

Bagi pemegang unit beragama Islam yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas B), kadar 5.00 sen seunit itu bersamaan kadar dividen bersih terlaras sekitar 4.87 peratus selepas zakat.

Anwar berkata, agihan itu diharap membantu rakyat memperkukuh simpanan serta perancangan kewangan untuk masa depan.

“Moga pengagihan ini dapat membantu memperkukuhkan simpanan dan perancangan kewangan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik, insya-ALLAH,” katanya.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
8 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
10 jam lalu· Isu semasa
Jenazah Dr Hasmah disemadi bersebelahan pusara Datin Seri Endon
September 28, 2026· Isu semasa
Jasa Tun Dr Siti Hasmah dikenang, negara beri penghormatan khas
September 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
13 jam lalu · Isu semasa
Penghantaran Ubat Melalui Pos: 80,000 pesakit bakal terima manfaat
14 jam lalu · Isu semasa
Dr Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya
September 28, 2026 · Isu semasa
Pasport Malaysia naik ke tangga kedua dunia
September 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok