AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi

August 19, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan menggantikannya dengan kerangka undang-undang baharu yang memberi tumpuan kepada aspek pentadbiran serta pengurusan institusi pendidikan tinggi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan hasrat Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan AUKU yang diumumkan pada hujung minggu lalu.

Menurutnya, undang-undang baharu itu kelak tidak akan merangkumi perkara berkaitan pelajar dan mahasiswa, sebaliknya hanya memberi fokus kepada keperluan pengurusan universiti dan kolej universiti.

“Perdana Menteri telah menegaskan ada beberapa perkara yang perlu diwujudkan atau digubal melalui rangka undang-undang baharu bagi menyelaras aspek pentadbiran dan pengurusan universiti serta kolej universiti.

“Namun, aspek yang melibatkan pelajar dan mahasiswa tidak harus terkandung dalam undang-undang tersebut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, urusan membabitkan pelajar tidak perlu dimasukkan dalam undang-undang baharu itu kerana terdapat peruntukan undang-undang lain yang sudah terpakai, termasuk undang-undang berkaitan polis.

Katanya, Menteri Pendidikan Tinggi turut memaklumkan keutamaan kerajaan adalah menyediakan kerangka perundangan yang mengurus universiti dan kolej universiti sebagai institusi pendidikan tinggi.

“Aspek yang perlu diuruskan adalah melibatkan pentadbiran universiti dan kolej universiti sebagai institusi pendidikan tinggi. Ini yang akan diberikan keutamaan dalam sebarang rang undang-undang yang menggantikan aspek tertentu yang terkandung dalam AUKU ketika ini,” katanya.

Langkah memansuhkan AUKU sebelum ini diumumkan Anwar sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh autonomi universiti serta memberi ruang lebih besar kepada institusi pendidikan tinggi mengurus hal ehwal mereka.

AUKU diperkenalkan pada 1971 dan telah menjadi antara undang-undang utama yang mengawal pentadbiran universiti awam, termasuk aspek pengurusan institusi serta kegiatan mahasiswa.

Kerajaan kini dijangka meneliti bentuk perundangan baharu yang akan menggantikan peruntukan berkaitan pentadbiran dan pengurusan universiti selepas proses pemansuhan AUKU dilaksanakan.

Berita berkaitan
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
23 jam lalu· Isu semasa
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
24 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
1 jam lalu · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
2 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
2 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok