Azam Baki cadang pelaku rasuah perlu dibankrapkan

December 5, 2025 · Isu semasa

Azam Baki, menggesa agar pelaku rasuah dibankrapkan bagi menghalang mereka terus menikmati harta yang dicuri.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menegaskan komitmen SPRM untuk memulangkan setiap sen aset negara yang diseleweng kepada rakyat.

“Pelaku yang terlibat dalam rasuah perlu dibankrapkan agar tidak lagi menikmati harta yang dicuri,” katanya semasaberucap pada Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Azam berkata, pendekatan pemulihan aset akan diperhebat tahun depan, seiring strategi mengurangkan ketirisan kewangan negara.

SPRM juga akan memberi tumpuan kepada siasatan lebih agresif terhadap kes berprofil tinggi dan berskala besar.

Beliau menekankan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat menuntut pendekatan baharu yang lebih efektif.

“Pendekatan lama yang lapuk perlu ditransformasikan. Walaupun ada pendekatan baharu berusia setahun atau dua, ia mungkin tidak lagi relevan pada tahun mendatang,” katanya.

Menurut Azam, keupayaan pegawai SPRM akan diperkukuh dengan teknik siasatan moden dan kerjasama strategik dengan agensi dalam dan luar negara untuk mengesan aset hilang.

“Hari Antirasuah Antarabangsa menjadi peringatan bahawa perjuangan menentang rasuah adalah kempen global yang menuntut tekad jitu semua pihak,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan pelbagai pembaharuan undang-undang sedang digerakkan di bawah strategi antirasuah nasional, termasuk undang-undang perolehan dan Rang Undang-Undang Freedom of Information.

Kehadiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pada majlis tersebut membuktikan komitmen tinggi kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus bersih.

“Semua ini membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan integriti dan memerangi rasuah secara lebih efektif,” tegas Azam Baki.

Berita berkaitan
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
23 jam lalu· Isu semasa
Laporan FELDA bakal didedah kepada umum selepas siasatan selesai
August 21, 2026· Isu semasa
Rasuah dalam TH tidak wajar dilindungi dan perlu disiasat, PMX bidas Hadi
August 21, 2026· Politik
Bekas CEO Tabung Haji direman bantu siasatan RCI
August 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
22 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
23 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
24 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
August 24, 2026 · Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
August 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok