Azam baki pertimbang saman fitnah terhadap Albert Tei

May 27, 2026 · Isu semasa

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan Albert Tei susulan dakwaan yang dibuat terhadapnya baru-baru ini.

Azam berkata, peguamnya kini sedang menyediakan dokumen berkaitan bagi tujuan tersebut.

“Peguam saya sedang menyediakan dokumentasi berhubung tindakan ini,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas polis mengesahkan Azam akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap Tei.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar dilaporkan berkata pihak polis sudah merakam keterangan dua saksi termasuk Tei, manakala Azam dijangka dipanggil dalam masa terdekat.

Menurut Kumar, Tei mendakwa ugutan terhadapnya disampaikan melalui seorang peguam selepas beliau membuat laporan polis pada 13 Mei lalu.

Sebelum ini, Tei secara terbuka mendakwa Azam mengugut, menghalang dan menganiayanya ketika beliau cuba mendedahkan dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah tahun lalu.

Isu berkenaan mula mendapat perhatian selepas beberapa rakaman video didakwa memaparkan perbualan berkaitan rasuah membabitkan projek perlombongan di Sabah tersebar pada penghujung tahun lalu.

Pendedahan itu mencetuskan polemik politik dan membawa kepada pelbagai laporan polis serta siasatan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Azam menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas.

Beliau turut mendakwa laporan polis yang dibuat Tei terhadapnya adalah palsu kerana mereka tidak pernah mempunyai sebarang urusan secara langsung.

“Saya tidak tahu apa yang lelaki ini dakwa. Saya tidak pernah bercakap dengannya secara langsung,” katanya.

Azam juga menegaskan tidak pernah menghubungi atau mengarahkan mana-mana peguam yang mewakilinya untuk berurusan dengan Tei.

“Malah, saya juga tidak pernah mengarahkan mana-mana peguam yang mewakili saya untuk berurusan dengannya secara terus,” katanya lagi.

Beliau pada masa sama mempersoalkan motif di sebalik tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun menegaskan akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Selain itu, Azam turut menggesa pihak polis supaya menyiasat Tei berhubung kenyataan dan tuduhan yang didakwa palsu serta dibuat secara terbuka terhadap dirinya.

Berita berkaitan
Rosmah gagal penuhi syarat, Global Royalty teruskan tuntutan RM67.5 juta: Laporan
4 jam lalu· Politik
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026· Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
October 28, 2026· Isu semasa
Chegubard dipenjara empat bulan kes fitnah: Laporan
October 28, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026 · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
1 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
4 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok