Azam minta Adam Radlan pulang ke tanahair bantu siasatan SPRM: Laporan

November 16, 2025 · Isu semasa

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berada di luar negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan pihaknya mengesyaki Adam Radlan, 44, sudah tidak berada di dalam negara dan sedang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes projek pembinaan Lebuhraya MEX 2, yang menghubungkan Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kita syak beliau berada di luar negara. Kerjasama dengan Imigresen akan dibuat dalam masa terdekat.

“Paling penting, keberadaan beliau. SPRM menyeru beliau segera balik bagi membantu siasatan,” tegas Azam dipetik laporan BH.

Gesaan itu dinyatakan susulan laporan media semalam yang mendedahkan SPRM sedang mengesan lokasi terbaharu Adam Radlan bagi membolehkan siasatan berkaitan projek itu dilaksanakan.

Ini bukan kali pertama Adam Radlan berhadapan dengan siasatan SPRM.

Sebelum ini, beliau telah dibebaskan oleh mahkamah daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan projek Jana Wibawa, setelah membayar kompaun berjumlah RM4.1 juta.

Bagi kes terbaharu ini, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj Govindasamy, bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa.

Berita berkaitan
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
5 jam lalu· Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
24 jam lalu· Isu semasa
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
4 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
5 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Akses lebih adil kepada pelajar pelbagai aliran masuk ke universiti awam: Loke
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok