Bahasa Melayu tetap keutamaan dalam sebarang tuntutan, PMX ulas isu UEC

December 12, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan setiap tuntutan berkaitan bahasa, bangsa atau kaum perlu menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata prinsip itu bukan sahaja akan terus dipertahankan, malah mesti dijadikan garis panduan sebelum mana-mana cadangan lain, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), dipertimbangkan.

“Ini Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi. Apa pun tuntutan yang datang, kita kena ingat bahasa Melayu harus diangkat sebagai bahasa ilmu untuk semua rakyat,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Langkawi hari ini.

Menurut Anwar, kedudukan bahasa Melayu bukan sekadar simbol nasional, tetapi perlu dimantapkan penguasaannya dalam kalangan rakyat tanpa mengira aliran pendidikan.

“Kalau hal asas ini sudah jelas, barulah kita boleh bincang keperluan memperkukuh bahasa lain. Saya setuju tingkatkan penggunaan bahasa Inggeris, tapi penguasaan bahasa Melayu mesti kukuh dulu,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan semua jenis sekolah, termasuk sekolah antarabangsa, wajib memastikan pelajar menguasai bahasa Melayu.

“Tak kisah aliran Cina, Tamil atau Inggeris, semua mesti fasih bahasa Melayu. Sekolah antarabangsa boleh guna Inggeris, tapi pelajar tetap perlu lulus dan kuasai bahasa Melayu,” katanya.

Anwar memberi amaran bahawa cadangan yang memihak kepada satu bahasa atau satu kaum sambil mengabaikan bahasa utama negara boleh menimbulkan ketegangan dan kekeliruan dasar.

Justeru, beliau mengingatkan mana-mana pihak yang ingin membawa cadangan berkaitan bahasa supaya mematuhi prinsip asas perlembagaan.

Sebelum ini, Nga Kor Ming dilapor berkata DAP merancang menemui Anwar untuk membincangkan isu pengiktirafan UEC.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
20 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
20 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok