Penubuhan majlis ini dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan dalam memperbaiki pengurusan bencana.
Anwar Ibrahim menyeru penduduk di kawasan berisiko di Sabah supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi semua arahan pihak berkuasa, termasuk segera berpindah jika diarahkan, bagi memastikan keselamatan nyawa keluarga menjadi keutamaan.
Perdana Menteri turut menggesa pihak berkuasa dan agensi keselamatan agar meneruskan serta meningkatkan usaha menyelamat, di samping memastikan kebajikan dan keperluan asas mangsa dipenuhi dengan perlindungan terbaik sehingga keadaan pulih sepenuhnya.
“Saya berduka dengan perkhabaran bencana banjir yang semakin memburuk di Sabah tatkala lebih daripada 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa meninggalkan kediaman untuk berlindung di pusat pemindahan sementara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Tambah beliau, “Doa kami sentiasa bersama kalian.”
Bilangan mangsa banjir di Sabah dilaporkan telah meningkat kepada 409 orang daripada 110 keluarga setakat pagi ini, berbanding 154 orang daripada 54 keluarga yang direkodkan pada malam semalam.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 255 mangsa daripada 56 keluarga telah dipindahkan di Penampang, manakala 154 mangsa lagi daripada 54 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Beaufort.
Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat
OPR kekal 2.75 peratus, beri ruang perniagaan berkembang
Saifuddin: Semua banduan ada hak mohon pengampunan
Fahmi: Penantian 10 tahun penduduk Sri Pahang hampir berakhir, bakal miliki rumah baharu
Hampir 97,000 warga asing ditahan sejak 2024: Polis
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi