Bank Negara kekalkan OPR pada 2.75 peratus

September 4, 2025 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, berikutan prestasi ekonomi domestik yang kukuh, inflasi yang stabil, serta prospek pertumbuhan yang positif.

Menurut kenyataan bank pusat itu, ekonomi Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus pada separuh pertama tahun 2025.

Prestasi ini menjadikan Malaysia kekal di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan antara 4.0 hingga 4.8 peratus bagi keseluruhan tahun ini.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM menjangkakan momentum pertumbuhan ini akan berterusan sehingga tahun 2026, disokong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, peningkatan gaji, dan pelaburan berterusan daripada kedua-dua sektor swasta dan awam.

“Perbelanjaan isi rumah akan terus disokong oleh tahap penggajian yang kukuh, pertumbuhan gaji, dan langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan.

“Dari segi pelaburan, aktiviti dijangka berkembang berikutan kemajuan projek-projek berbilang tahun, realisasi pelaburan yang diluluskan, serta pelaksanaan inisiatif di bawah pelan induk negara dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” jelas BNM.

Walaupun ekonomi global menunjukkan tanda-tanda positif yang didorong oleh perbelanjaan pengguna yang mampan dan pengurangan ketidaktentuan perdagangan, BNM turut mengingatkan tentang risiko berterusan daripada ketegangan geopolitik dan kemungkinan kenaikan tarif.

Namun, bank pusat itu juga melihat potensi sokongan daripada rundingan perdagangan yang menggalakkan dan dasar pro-pertumbuhan di ekonomi utama dunia.

Dari segi inflasi, tekanan harga kekal terkawal. Inflasi utama mencatatkan purata 1.4 peratus manakala inflasi teras berada pada 1.9 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun 2025. BNM menjangkakan inflasi akan kekal sederhana sehingga 2026, disokong oleh harga komoditi global yang semakin reda dan permintaan domestik yang stabil.

“Pada tahap OPR semasa, MPC berpendirian bahawa dasar monetari adalah sesuai dan terus menyokong ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil,” menurut kenyataan tersebut.

Keputusan mengekalkan OR ini diharap dapat terus merangsang aktiviti ekonomi dan mengekalkan kestabilan makroekonomi negara.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia dijangka lebih kukuh, KDNK berpotensi melepasi 5%
July 20, 2026· Isu semasa
KDNK cecah 5.8 peratus, reformasi kerajaan pacu pertumbuhan ekonomi: PMX
July 17, 2026· Isu semasa
Penarafan A3 Moody bukti asas ekonomi Malaysia kekal kukuh
July 14, 2026· Isu semasa
BNM kekalkan OPR 2.75 peratus, ekonomi Malaysia kekal kukuh
July 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok