Bantuan peruntukan kerajaan pusat bantu Melaka laksana projek tebatan banjir: Ab Rauf

November 9, 2026 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Melaka terus mempergiat usaha menangani masalah banjir menerusi pelaksanaan projek tebatan banjir dengan sokongan peruntukan Kerajaan Persekutuan, termasuk projek baharu di Sungai Baru Hilir yang membabitkan kos kira-kira RM432 juta.

Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh berkata, usaha mengenal pasti punca banjir dan melaksanakan penyelesaian akan diteruskan secara berperingkat mengikut kawasan, dengan mengambil kira keadaan sistem saliran serta faktor semula jadi.

Beliau berkata, beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai zon merah banjir turut diberikan perhatian menerusi pendekatan pengurusan secara mikro bagi memastikan penyelesaian yang dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan setempat.

“Selagi banjir tidak selesai, selagi itu saya tidak akan berhenti berkhidmat untuk rakyat. Kita akan mencari punca masalah banjir.

“Mungkin kita tidak mempunyai sistem saliran yang teratur dan terancang, mungkin disebabkan fenomena alam yang perlu kita ambil kira,” katanya menurut laporan Bernama.

Menurutnya, pendekatan menyeluruh diperlukan kerana masalah banjir di setiap kawasan mempunyai faktor penyumbang berbeza dan tidak boleh diselesaikan menggunakan satu kaedah sahaja.

Dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada kebajikan rakyat menerusi program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dilaksanakan di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menerusi program itu, sebanyak 75 peratus daripada kira-kira 4,000 permasalahan rakyat yang dikumpulkan berjaya diselesaikan sepanjang hampir tiga tahun pentadbirannya.

Aduan berkenaan meliputi pelbagai aspek termasuk pendidikan, kebajikan, tanah, pertanian dan kemudahan rumah ibadat sebelum diselaraskan mengikut portfolio ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Prinsip saya untuk menjadi wakil rakyat, kita perlu tahu susah payah rakyat. Untuk menjadi wakil rakyat, kena menjadi rakyat. Baru kita tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Selain WRUR, kerajaan negeri turut melaksanakan Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) setiap 45 hari sebagai platform menerima aduan yang memerlukan perhatian lebih serius daripada pentadbiran negeri.

Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat (MeSRa) pula dilaksanakan bagi menilai keberkesanan bantuan yang disalurkan selain mengenal pasti ruang penambahbaikan.

Usaha berkenaan mencerminkan pendekatan pentadbiran negeri yang memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah rakyat secara langsung, termasuk isu banjir yang terus menjadi antara cabaran utama di beberapa kawasan di Melaka.

Berita berkaitan
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
November 18, 2026· Isu semasa
Menang besar Melaka, BN tidak mahu terburu-buru adakan PRN di negeri lain: Zahid
November 16, 2026· Politik
PH bedah keputusan PRN Melaka minggu depan, teliti aspek persediaan jentera
November 15, 2026· Politik
Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka penggal kedua
November 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok