Bantuan tunai SARA RM100 sudah ditebus lebih 13 juta rakyat

September 23, 2025 · Isu semasa

Seramai lebih 13 juta rakyat Malaysia telah berjaya menebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan mereka.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, yang menjelaskan baki kredit yang masih tinggal boleh digunakan sehingga akhir tahun ini.

Menurut Amir Hamzah, jumlah tersebut merangkumi penebusan secara penuh dan juga separa.

Kalau mereka masih ada baki, boleh gunakan lagi sehingga hujung tahun,” katanya selepas Majlis Perasmian Jelajah Mega e-Invois 2025 Peringkat Nasional di Menara HASiL hari ini.

Inisiatif SARA ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu sebagai bantuan sekali gus berikutan sambutan Hari Kebangsaan.

Bantuan tersebut dihadiahkan kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.

“Ini merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa,” kata Amir Hamzah.

Ujarnya lagi, pemberian ini adalah ikhtiar segera kerajaan untuk meringankan beban sara hidup rakyat.

Program ini memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta penduduk dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.

Bantuan ini juga menyumbang kepada peningkatan peruntukan untuk inisiatif bantuan tunai seperti STR dan SARA daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk tahun ini.

Peningkatan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Berita berkaitan
Bantuan SARA RM100 disalurkan bermula hari ini
9 jam lalu· Isu semasa
Bantuan tunai RM100 SARA mula disalurkan Isnin depan
February 5, 2026· Isu semasa
RM150 juta dana SARA tak ditebus disalur kepada golongan rentan
February 5, 2026· Isu semasa
SARA mungkin diperluas kepada makanan sejuk beku: Amir Hamzah
February 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
3 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok