Beberapa akaun TikTok palsu Saifuddin Nasution dikenal pasti

July 12, 2025 · Politik

Pejabat Menteri Dalam Negeri (MDN) mengenal pasti terdapat beberapa akaun palsu di TikTok yang telah menyalahgunakan nama dan gambar Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk menipu orang awam.

Dalam satu kenyataan, Pejabat MDN menyenaraikan beberapa akaun palsu TikTok yang terkait dengan Saifuddin Nasution dan menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan akaun palsu tersebut.

Menurutnya, akaun rasmi Tiktok Saifuddin Nasution adalah menggunakan nama penuh beliau SAIFUDDIN_NASUTION seperti pautan berikut: https://www.tiktok.com/@saifuddin_nasution.

Akaun-akaun palsu yang dikesan ini mendakwa kononnya Saifuddin Nasution mahu menyalurkan bantuan kewangan melalui pautan WhatsApp yang diletakkan di ruangan bio.

“Sebenarnya ini adalah satu penipuan yang bertujuan memperdaya orang ramai untuk membuat bayaran pendahuluan (advance payment). Pihak kami telah mengesan beberapa akaun palsu dan telah pun membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak TikTok.

“Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penipuan ini.,” kata pejabat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini, tiga akaun telah disekat oleh pihak Tiktok seperti berikut:
1. Saifuddin_Nasution0
2. Saifuddin_Nasution1
3. Saifuddin_Nasution12

Namun begitu, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih banyak akaun palsu akan terus diwujudkan.

Oleh itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri menyeru agar orang ramai sentiasa berhati-hati, tidak mudah percaya dan sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum bertindak.

Malah, pihaknya menegaskan Saifuddin Nasution tidak akan sesekali meminta bayaran bagi sebarang bentuk bantuan.

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi media sosial Saifuddin Nasution untuk maklumat yang sahih dan terkini.

Lagi Politik terkini
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
July 26, 2026 · Politik
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
July 26, 2026 · Politik
Aminuddin minta buktikan mana projek PH yang tertinggal
July 26, 2026 · Politik
Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur
2 jam lalu · Politik
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
July 26, 2026
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok