Bekalan minyak negara masih stabil, import tak setinggi negara ASEAN lain

April 3, 2026 · Isu semasa

Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi walaupun sebahagian import negara melalui Selat Hormuz, laluan strategik yang sering terdedah kepada ketegangan geopolitik global.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata kira-kira 40 peratus import minyak mentah Malaysia melalui laluan tersebut, jauh lebih rendah berbanding hampir 90 peratus kebergantungan negara ASEAN lain.

“Malaysia sudah lama menerima hakikat sebagai pengimport bersih minyak mentah sejak 2014 hingga 2015. Namun, kita masih mempunyai kelebihan kerana turut menjadi pengeksport tenaga bersih,” katanya dipetik dalam program Bicara Naratif Khas terbitan RTM.

Beliau bagaimanapun menegaskan Malaysia tidak kebal daripada kesan kenaikan harga minyak global.

“Tidak ada kemungkinan kita sebagai satu pasaran pengguna terlindung sepenuhnya,” katanya.

Dari sudut sejarah, Malaysia pernah menjadi pengeluar minyak mentah utama di rantau ini, dengan pengeluaran melebihi 700,000 tong sehari pada era 1990-an dan awal 2000-an.

Namun, pengeluaran domestik kini merosot kepada sekitar 350,000 tong sehari berikutan faktor lapangan minyak matang yang semakin susut secara semula jadi.

Pada masa sama, keperluan penapisan minyak negara kekal tinggi.

Petronas memerlukan kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari untuk memenuhi permintaan bahan api tempatan, sekali gus mewujudkan jurang bekalan yang perlu ditampung melalui import.

Menurut Tengku Muhammad Taufik, hampir separuh daripada keperluan itu kini diperoleh dari luar negara, dengan sebahagian besar penghantaran melalui Selat Hormuz.

“Memang kita sedar pengeluaran minyak mentah domestik semakin berkurangan. Usaha penerokaan dan cari gali masih diteruskan bersama rakan industri, namun kebanyakan penemuan baharu adalah gas asli,” katanya.

Situasi ini mencerminkan peralihan landskap tenaga negara, di mana Malaysia semakin bergantung kepada sumber gas asli, selain terus menyesuaikan strategi bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga global.

Berita berkaitan
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
April 5, 2026· Politik
Anwar pertahan pendekatan diplomasi Malaysia dalam berdepan krisis Asia Barat
April 5, 2026· Isu semasa
Kerajaan perkukuh usaha hadapi krisis tenaga, lindungi rakyat: Fahmi
April 5, 2026· Isu semasa
Iran dakwa tembak jatuh pesawat tentera AS di Isfahan
April 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
4 jam lalu · Isu semasa
Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global
4 jam lalu · Isu semasa
PMX pertahan bantuan ke Gaza, tanda prihatin berterusan sesama umat Islam
20 jam lalu · Isu semasa
Pergerakan pasaran bursa dijangka kekal berhati-hati minggu depan
20 jam lalu · Isu semasa
Harga barang kekal stabil selagi bekalan cukup: Mohamad Sabu
April 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok