KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak

April 5, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan akan mencari penyelesaian segera berhubung tekanan kewangan yang dihadapi pengusaha stesen minyak susulan kenaikan harga diesel dan mekanisme pembayaran sedia ada.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi mempercepatkan proses pembayaran balik modal kepada pengusaha.

“Kita akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk merangka strategi sesuai, termasuk membolehkan pembayaran balik dibuat dengan lebih cepat,” katanya ketika menghadiri Taklimat Penguatkuasaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut beliau, kerajaan memahami situasi pengusaha yang terpaksa mendahulukan modal sendiri untuk membeli diesel pada harga semasa yang tinggi.

Bagaimanapun, katanya, mekanisme pembayaran komersial sebenarnya melibatkan urusan antara pengusaha stesen minyak dan syarikat minyak.

“Kita faham mereka perlu keluarkan modal awal, tetapi dalam masa sama syarikat minyak juga berdepan tekanan kos,” jelasnya.

Isu ini timbul selepas laporan media menyatakan pengusaha stesen minyak kini seolah-olah menjadi “pembiaya tidak rasmi” kepada pelaksanaan subsidi diesel bersasar.

Mereka mendakwa perlu menanggung kos awal yang besar sebelum menerima bayaran balik, sekali gus menjejaskan aliran tunai perniagaan.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon, dilaporkan berkata keadaan itu tidak adil kerana pengusaha secara tidak langsung menanggung beban pembiayaan subsidi menggunakan dana sendiri.

Pada masa sama, persatuan berkenaan turut menerima pelbagai aduan daripada ahli Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera mengenai kesan kenaikan harga diesel yang menambah tekanan kewangan mereka.

Pelaksanaan subsidi diesel bersasar yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini bertujuan mengurangkan ketirisan dan memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.

Namun, isu mekanisme pembayaran kepada pengusaha kini menjadi perhatian apabila didakwa memberi kesan langsung kepada operasi harian dan kestabilan kewangan mereka.

Kerajaan dijangka meneliti semula kaedah sedia ada bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar tanpa membebankan pihak industri.

Berita berkaitan
Harga minyak tidak naik demi lindungi rakyat: Anwar
21 jam lalu· Isu semasa
Persefahaman AS-Iran dialu-alukan, harap redakan ketegangan Asia Barat: PMX
June 15, 2026· Isu semasa
Perjanjian damai AS-Iran belum mampu pulihkan pasaran serta-merta: Akmal
June 15, 2026· Isu semasa
Inflasi dijangka kekal terkawal tahun ini: Akmal Nasrullah
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
June 16, 2026 · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
7 jam lalu · Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
7 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
21 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok