Bekas pembantu Ahli Parlimen Seputeh didakwa berhubung kes rasuah

May 11, 2026 · Isu semasa

Bekas pembantu khas kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan membabitkan penipuan dan penerimaan rasuah berkaitan projek pembekalan Papan Pintar Interaktif untuk sekolah di kawasan Parlimen Seputeh.

Edmund Teoh Kheng Yaik, 40, didakwa memperdaya wakil rakyat DAP itu sekitar Jun tahun lalu dengan memberi gambaran bahawa hanya dua sekolah memohon sumbangan papan pintar interaktif, sedangkan terdapat 16 sekolah yang sebenarnya mengemukakan permohonan.

Perbuatan itu didakwa mendorong Kok meluluskan permohonan sumbangan menerusi sistem MyKhas di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Seputeh.

Mengikut pertuduhan, kelulusan itu tidak akan diberikan sekiranya Kok mengetahui jumlah sebenar sekolah yang terlibat.

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Teoh didakwa menerima rasuah berjumlah RM500,000 daripada seorang individu, Ainuddin Aminuddin, pada 12 Ogos 2024 di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan Kuchai Maju.

Wang itu didakwa sebagai balasan untuk membantu mendapatkan sumbangan pembekalan papan pintar interaktif kepada 16 sekolah melalui syarikat milik isterinya, TMT IT Solutions.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Juliana Jamaluddin memohon jaminan RM150,000 serta syarat tambahan termasuk penyerahan pasport dan keperluan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam bela MN Low memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya kini bekerja sebagai penghantar bungkusan dengan pendapatan sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Hakim Suzanna Hussain kemudian membenarkan Teoh diikat jamin RM60,000 selain mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 3 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Tahun lalu, Kok mendedahkan SPRM menahan dua bekas kakitangannya termasuk Teoh bagi membantu siasatan berkaitan projek pembekalan papan pintar interaktif di beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Selepas siasatan bermula, Teoh turut melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Publisiti DAP Wilayah Persekutuan.

Berita berkaitan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026· Politik
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
7 jam lalu· Isu semasa
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
7 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
June 16, 2026 · Isu semasa
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh selepas isyarat positif perjanjian damai AS-Iran
10 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak tidak naik demi lindungi rakyat: Anwar
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok