Bekas pemimpin DAP akan dituduh SPRM esok berkait kes rasuah

May 13, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang II P Ramasamy di mahkamah esok.

Ramasamy dipetik laporan media mengesahkan akan dituduh esok di mahkamah, bagaimanapun setakat ini tidak dimaklumkan secara spesifik pertuduhan itu.

Bagaimanapun, katanya, pertuduhan itu dipercayai ada kaitan dengan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB), yang pernah diselianya sebelum ini.

Menurutnya, dia merancang untuk membela diri terhadap “tuduhan tidak berasas” itu yang didakwanya dikaitkan dengan “dendam politik” terhadapnya.

Sementara itu, setiausaha Parti Bersatu untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Satees Muniandy berkata pengerusi parti itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Butterworth untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Pertuduhan di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

“Kami difahamkan pegawai SPRM di Pulau Pinang bertindak di bawah arahan Putrajaya.

“Bukan kebetulan bahawa pertuduhan ini muncul ketika Ramasamy secara terbuka mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim, khususnya dalam isu seperti nepotisme dan tadbir urus.

“Pada pandangan kami, tuduhan ini jelas bermotifkan politik,” katanya.

Satees juga mendakwa bahawa beberapa pemimpin DAP telah gigih melobi SPRM untuk meneruskan kes berkenaan.

“Dengan pengundi India semakin menjauhkan diri mereka daripada parti berbilang kaum seperti PKR dan DAP, nampaknya kerajaan Madani terpaksa menutup mulut suara-suara sumbang.

“Ramasamy dan Urimai akan melawan dakwaan ini di mahkamah undang-undang, dan kami percaya kebenaran akhirnya akan menang.

“Mereka yang berkuasa mungkin cuba menggunakan institusi negara untuk menakut-nakutkan dan menyekat pengkritik, tetapi mereka mesti ingat-kuasa tidak kekal,” katanya.

Tambahnya, jika Anwar dan kerajaan percaya mereka boleh menutup mulut Ramasamy dengan tuduhan berunsur politik, mereka silap besar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan bahawa pertuduhan terhadap Ramasamy ada kaitan dengan PHEB.

Media sebelum ini mendedahkan Ramasamy dan bekas pegawai khasnya didakwa menyalahgunakan jawatan mereka dalam sebuah agensi untuk memperoleh kira-kira RM300,000 daripada pembelian pedati emas pada Disember tahun lalu.

Wang itu, kata sumber berkata, adalah untuk pembelian pedati tersebut daripada sebuah syarikat luar negara yang kedua-dua suspek mempunyai kepentingan.

Sumber itu menambah, Ramasamy disyaki telah menyalahgunakan kuasa apabila meluluskan bantuan perubatan RM50,000 kepada seorang individu, yang dipercayai sekutunya.

Terdahulu pada Ogos, Bernama melaporkan pengganti Ramasamy dalam PHEB, ahli Parlimen DAP RSN Rayer, telah menyerahkan penemuan lembaga audit forensik dalaman kepada SPRM.

Walaupun Rayer mendakwa bahawa audit telah perkara yang mencurigakan, namun dia tidak memberikan butiran mengenai perkara itu kerana ngin mengelak daripada menjejaskan sebarang siasatan oleh SPRM.

Pengauditan itu juga mendapat kecaman Ramasamy, dengan bekas ahli parlimen DAP itu mendakwa bahawa audit tersebut adalah cubaan untuk memburukkan namanya.

Berita berkaitan
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
3 jam lalu· Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
5 jam lalu· Politik
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
9 jam lalu· Isu semasa
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
24 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
3 jam lalu · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
3 jam lalu · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
5 jam lalu · Isu semasa
Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok