Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa

October 3, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi bayangan kerajaan bakal mengumumkan berita gembira untuk mahasiswa dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober ini.

Menurut Anwar, kerajaan mengambil perhatian terhadap kesukaran sebahagian mahasiswa yang berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa mengikat perut ketika meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Beliau pada masa sama meminta golongan mahasiswa bersabar dan menunggu pengumuman kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2027.

“Ada anak-anak di universiti kata kita nak belajar tetapi kita lapar. Kita tumpukan itu, nanti saya umum masa Belanjawan 2027. Sabar dulu semuanya.

“Anak-anak miskin, tak mampu, terpaksa berhutang. Hal-hal ini kita kena dengar dan jawab,” katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam ucapannya, Anwar turut menegaskan kekayaan negara perlu diurus dengan baik bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai rakyat, termasuk golongan muda dan mahasiswa.

Beliau menggesa anak muda supaya mengambil sikap tegas dalam menolak sebarang bentuk salah guna kuasa serta amalan yang boleh menjejaskan kepentingan negara.

“Negeri ini bukan miskin. Negeri ini Alhamdulillah mempunyai kekayaan. Kalau hilang pun puluh-puluh bilion ini kerana amalan penyakit penyamun-penyamun itu.

“Dan anak-anak mesti bangkit, jangan tolak ansur. Jangan jahanamkan negara ini, kita hapuskan penyamun-penyamun itu,” katanya.

Anwar turut menyentuh kritikan di media sosial terhadap penglibatannya dalam program bersama mahasiswa, terutama dakwaan pertemuan seumpama itu digunakan untuk tujuan politik.

Beliau berkata golongan mahasiswa mempunyai pemikiran matang dan mampu menilai isu semasa secara kritis.

“Dalam media sosial kata, Anwar PMX ini guna ruang cakap dengan anak-anak politik. Kamu ingat anak-anak ini bodoh ke? Anak-anak ini cerdik-cerdik,” katanya.

Forum Ekonomi Belia 2026 menghimpunkan golongan belia bagi membincangkan isu ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan dan masa depan generasi muda.

Pengumuman berkaitan mahasiswa dalam Belanjawan 2027 kini menjadi antara perkara yang dinanti golongan pelajar, khususnya mereka daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdepan peningkatan kos sara hidup serta perbelanjaan pengajian.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
17 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
21 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
11 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok