Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif

8 jam lalu · Isu semasa

Kementerian Komunikasi mengemukakan lebih 20 inisiatif kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027, meliputi program baharu, projek susulan serta penambahbaikan mekanisme sedia ada.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu disediakan berdasarkan maklum balas pemain industri serta agensi di bawah kementerian, termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurutnya, kementerian berharap sebahagian besar cadangan itu dapat diluluskan dan dilaksanakan mulai tahun depan.

“Kita berharap sebahagian besar daripada inisiatif yang dikemukakan dapat diterima dan dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Menara Komunikasi, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah.

Beliau berkata antara program yang dicadangkan untuk diteruskan termasuk Insentif Penggambaran di Malaysia (FIMI) di bawah FINAS serta program SIMI kendalian MyCreative Ventures.

Fahmi berkata cadangan berkenaan turut mengambil kira keperluan memperkukuh industri kreatif dan komunikasi, selain memastikan program yang dilaksanakan kerajaan terus memberi impak kepada sektor berkaitan.

“Antara inisiatif yang mahu diteruskan termasuk program Insentif Penggambaran di Malaysia (FIMI) di bawah FINAS serta program SIMI di bawah kendalian MyCreative Ventures,” katanya.

Menurutnya, input daripada pelbagai pihak menjadi antara asas kementerian dalam menyusun permohonan untuk Belanjawan 2027, termasuk pandangan pemain industri seni yang disalurkan melalui FINAS serta cadangan berimpak tinggi daripada MCMC.

Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini.

Pembentangan itu akan menjadi antara tumpuan utama menjelang perancangan perbelanjaan kerajaan bagi tahun depan, termasuk peruntukan untuk sektor komunikasi, teknologi digital dan industri kreatif.

Berita berkaitan
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
8 jam lalu· Politik
ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX
8 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
10 jam lalu· Isu semasa
Jenazah Dr Hasmah disemadi bersebelahan pusara Datin Seri Endon
September 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
13 jam lalu · Isu semasa
Penghantaran Ubat Melalui Pos: 80,000 pesakit bakal terima manfaat
14 jam lalu · Isu semasa
Dr Hasmah selamat disemadikan di Pusara Negara, Putrajaya
September 28, 2026 · Isu semasa
Pasport Malaysia naik ke tangga kedua dunia
September 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok