Bencana banjir: 53 Sekolah di Sabah dan Sarawak terjejas, bantuan sudah dihantar

September 17, 2025 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau situasi banjir yang melanda Sabah dan Sarawak bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru, dan seluruh warga pendidikan di kawasan yang terjejas.

Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak 53 buah sekolah di kedua-dua negeri dilaporkan terjejas, dengan 29 daripadanya di Sabah dan 24 lagi di Sarawak.

Kejadian ini telah mendorong penubuhan enam pusat pemindahan sementara di premis institusi pendidikan KPM yang sedang beroperasi.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Sarawak sedang menyalurkan bantuan kecemasan kepada semua institusi pendidikan yang terjejas akibat bencana ini,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.

KPM juga turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga empat murid yang terkorban dalam insiden banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di Sabah.

“Semoga seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan tersebut.

Insiden banjir dan tanah runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak minggu lalu yang mengakibatkan beberapa kawasan mengalami kerosakan teruk.

Berita berkaitan
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026· Isu semasa
MCMC buru dalang vandalisme, curi aset telekomunikasi di Sabah hingga rugi RM17.3 juta
August 20, 2026· Isu semasa
Hajiji hadir kongres PKR, tanda hubungan dengan GRS baik
August 15, 2026· Politik
RCI TH: Kerajaan suntik lebih RM10 bilion bantuan kewangan untuk selamatkan TH
August 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
16 jam lalu · Isu semasa
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026 · Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026 · Isu semasa
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok