Mohamed Azmin Ali.
Bersatu menegaskan semangat perjuangannya tidak akan terjejas meskipun PAS mengambil keputusan menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti baru-baru ini.
Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata setiap cabaran yang dihadapi dalam perjuangan politik perlu dilihat sebagai peluang untuk memperkukuhkan kekuatan parti serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan anggotanya.
Menurut beliau, segala ujian yang ditempuhi membawa hikmah tersendiri dan menjadi proses mematangkan perjuangan demi kepentingan rakyat.
“Setiap ujian membawa hikmah, setiap badai membina kekuatan. Perjuangan demi rakyat dalam Perikatan Nasional tidak akan sesekali goyah,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.
Beliau berkata, perjuangan yang dibawa Perikatan Nasional (PN) terus berlandaskan komitmen untuk membela nasib rakyat serta mempertahankan kepentingan negara walaupun berdepan tekanan dan cabaran politik semasa.
Azmin turut menyeru kepimpinan serta ahli PN supaya terus memperkukuhkan kesatuan dan mempereratkan kerjasama dalam menghadapi landskap politik yang semakin mencabar.
“Di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin, kita rapatkan saf, bulatkan tekad dan terus istiqamah,” katanya.
Kenyataan itu dibuat susulan keputusan PAS yang mengumumkan penamatan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu selepas meneliti kedudukan dan hala tuju hubungan antara kedua-dua parti.
Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Langkah PAS itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin pembangkang memandangkan kedua-dua parti merupakan komponen utama dalam Perikatan Nasional (PN) sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri