Bestinet hantar surat tuntutan saman kepada seorang Ahli Parlimen PKR

July 15, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengesahkan menerima surat tuntutan daripada Bestinet Sdn Bhd susulan kenyataannya berhubung Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), sekali gus membuka laluan kepada tindakan undang-undang oleh syarikat itu.

Chean Chung menegaskan tidak akan berundur daripada tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membangkitkan isu yang melibatkan kepentingan awam.

“Saya akan mempertahankan hak saya sebagai Ahli Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab penyeliaan secara sah, mengemukakan persoalan dan bersuara mengenai perkara yang melibatkan kepentingan awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut memaklumkan peguamnya, Wong Shi Hui dan Tan Yi Bin, akan memberikan maklum balas rasmi terhadap surat tuntutan yang dihantar Bestinet.

Bestinet merupakan syarikat yang membangunkan dan mengendalikan FWCMS, sistem yang digunakan kerajaan bagi menguruskan sebahagian proses pengambilan pekerja asing, terutama dari Bangladesh.

Kontroversi membabitkan syarikat itu kembali menjadi perhatian selepas sekumpulan 10 Ahli Parlimen PKR sebelum ini membantah cadangan pelaksanaan Platform Lanjutan Pengambilan Pekerja Semesta (Turap), iaitu sistem baharu yang turut dibangunkan Bestinet.

Antara yang menyuarakan bantahan ialah Chean Chung, bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, bekas Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Subang Wong Chen.

Mereka berpandangan pelaksanaan Turap berpotensi meneruskan penguasaan sebuah syarikat swasta dalam pengurusan pengambilan pekerja asing.

Kumpulan itu juga mendakwa FWCMS telah digunakan selama bertahun-tahun tanpa kontrak yang ditandatangani selain membangkitkan isu tadbir urus dan kawalan sistem.

Menurut mereka, kelemahan kawalan dalam FWCMS didakwa membolehkan pengguna yang tidak diberi kuasa meluluskan permohonan majikan.

Mereka turut menegaskan sistem kritikal berkaitan pengambilan pekerja asing wajar diuruskan secara telus dan tidak diswastakan menerusi pengaturan kerjasama awam-swasta.

Setakat ini, Bestinet belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kandungan surat tuntutan tersebut selain tindakan undang-undang yang dirancang terhadap Chean Chung.

Berita berkaitan
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
5 jam lalu· Politik
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
7 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
23 jam lalu· Politik
PKR Selayang bidas Sanusi, gesa hentikan politik pecah-belah
July 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026 · Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
July 27, 2026 · Politik
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
7 jam lalu · Politik
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
7 jam lalu · Politik
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
8 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok