Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong.
Presiden MCA Wee Ka Siong menegaskan Barisan Nasional (BN) perlu bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang di Melaka dan Johor tanpa bergantung kepada pakatan lain.
Beliau berkata pendirian itu selari dengan rekod kemenangan BN di kedua-dua negeri tersebut sebelum ini, sekali gus menjadikan langkah bertanding di bawah panji sendiri sebagai pilihan yang munasabah.
“Hari ini saya boleh menyatakan dengan jelas bahawa pendirian MCA ialah BN harus bertanding dalam PRN Melaka dan Johor di bawah panjinya sendiri, secara bebas,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-77 MCA di Wisma MCA.
Menurutnya, MCA menjangkakan pilihan raya negeri Melaka akan berlangsung tahun ini, manakala Johor dijangka mengadakan pilihan raya negeri pada awal 2027.
Pada masa sama, Ka Siong yang juga pengerusi MCA Johor mengarahkan jawatankuasa perhubungan parti di kedua-dua negeri itu supaya segera menggerakkan jentera pilihan raya.
Mereka turut diminta mengemukakan senarai calon berpotensi, barisan jawatankuasa kempen serta pelan strategi lengkap kepada ibu pejabat parti dalam tempoh sebulan.
Beliau menjelaskan strategi tersebut perlu meliputi pelbagai aspek termasuk publisiti, penggunaan media baharu, latihan jentera, operasi hari mengundi, kempen ziarah rumah ke rumah serta persediaan ejen pengundian dan pengiraan undi.
Beliau turut menetapkan dua sasaran utama kepada parti dan BN menjelang pilihan raya tersebut.
“MCA mesti memenangi lebih banyak kerusi negeri berbanding pilihan raya sebelumnya. Kedua, BN mesti memenangi pilihan raya negeri di bawah panjinya sendiri,” katanya.
Buat masa ini, katanya, fokus utama parti adalah memastikan persiapan rapi bagi menghadapi PRN di kedua-dua negeri tersebut.
“Kita akan berusaha sedaya upaya. Biarlah keputusan pilihan raya nanti menentukan,” katanya lagi.
Pada masa ini di Melaka, MCA memegang dua kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala UMNO menguasai 18 kerusi dan MIC satu kerusi.
Di Johor pula, UMNO memegang 33 kerusi, MCA empat kerusi dan MIC tiga kerusi.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Ahmad Maslan dilaporkan berkata setakat ini belum ada rundingan rasmi mengenai pembahagian kerusi atau pakatan pra-pilihan raya menjelang PRN Johor.
Situasi itu turut dilihat berlaku di tengah ketegangan antara BN Johor dan sekutunya dalam Pakatan Harapan, khususnya Parti Amanah yang beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bertanding di semua kerusi negeri termasuk yang kini disandang UMNO.
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
Rafizi didakwa buat sabotaj dalaman PKR
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan