Budaya ‘Yeye’: 15 pegawai ATM akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera

January 18, 2026 · Isu semasa

Kementerian Pertahanan mengesahkan seramai 15 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berdepan tindakan tegas termasuk pendakwaan di Mahkamah Tentera selepas dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang dikenali sebagai budaya ‘Yeye’ di dalam kem tentera.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan imej dan nilai teras ketenteraan, sama ada membabitkan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia.

Menurut beliau, ATM mempunyai peraturan disiplin yang jelas dan setiap pelanggaran akan disiasat secara menyeluruh.

“Kita ada sistem dan proses yang telus. Jika berlaku pelanggaran disiplin, siasatan dalaman akan dibuat terlebih dahulu sebelum kes dibawa ke Mahkamah Tentera,” katanya.

Di Mahkamah Tentera, mereka akan diberi ruang untuk menjawab pertuduhan dan keadilan akan ditegakkan sebelum sebarang hukuman diputuskan,” tambahnya.

Kenyataan itu dibuat susulan pengesahan Panglima Tentera Darat, Jeneral Azhan Md Othman, yang memaklumkan 15 pegawai dikenal pasti terbabit dalam budaya ‘Yeye’ yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Isu berkenaan mencetuskan kebimbangan awam kerana ia didakwa melibatkan gaya hidup hedonistik dan tingkah laku tidak selari dengan etika ketenteraan.

Adly berkata, walaupun perubahan budaya dalam organisasi besar seperti ATM memerlukan masa, prinsip integriti dan disiplin tidak boleh dikompromi.

“Budaya hedonisme langsung tidak ada tempat dalam ATM. Ini selari dengan peringatan Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, yang mahu warga pertahanan kekal berteraskan nilai profesionalisme dan amanah,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan sama ada kes itu bersifat terpencil atau sebaliknya, tindakan akan tetap diambil mengikut peraturan sedia ada.

“Jika ia bukan budaya kita, kita akan betulkan. ATM mesti kekal sebagai institusi yang dihormati dan dipercayai rakyat,” katanya.

Terdahulu, Adly menghadiri Majlis Makan Malam Yee Sang sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Permai Machap Umboo Baru, Alor Gajah, sambil menekankan komitmen berterusan kementerian untuk memperkukuh budaya berintegriti dalam kalangan warga ATM.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
21 jam lalu· Isu semasa
MINDEF tubuh jawatankuasa khas siasat skandal dadah TUDM
November 23, 2026· Isu semasa
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
November 22, 2026· Politik
Ancaman siber semakin serius, Malaysia perlu bersedia
November 14, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
3 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
6 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
22 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok