BUDI95: Hanya 34 aduan diterima, KPDN nafi isu sistem bermasalah

October 8, 2025 · Isu semasa

Sejak pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95), hanya 34 aduan telah direkodkan setakat ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, menjelaskan angka yang sedikit ini membuktikan bahawa sistem tersebut tidak mengalami masalah yang serius seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata, sebarang gangguan yang dilaporkan kebanyakannya adalah isu ‘glitch’ sementara atau ‘system down’ yang telah ditangani dengan segera.

“Alhamdulillah aduan yang kita terima itu memang tak ada masalah. Sikit sangat iaitu glitch ataupun down. Tapi (semua masalah itu) ada jawapan-jawapan ataupun solusinya,” jelas Fuziah ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada pagi Selasa.

Beliau memberikan penjelasan lanjut mengenai mekanisme penyelesaian yang telah disediakan.

“Dalam keadaan sistem down, pengguna boleh masuk ke dalam, pergi ke kaunter, di kaunter disediakan sistem terminal Sara di mana sistem itu boleh terus check IC dan dia terus disambungkan ke sistem MOF,” ujarnya.

Bagi kes gangguan sistem, Fuziah menambah stesen minyak telah memulangkan semula perbezaan harga antara kadar subsidi dan harga pasaran kepada pengguna yang terjejas.

Skim BUDI95 yang berkuat kuasa pada 30 September lalu membenarkan pemegang lesen memandu sah membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had 300 liter sebulan.

Fuziah turut menyampaikan penghargaan kepada syarikat minyak dan stesen-stesen minyak yang mengambil inisiatif memperkenalkan sistem mesra pengguna.

“Setakat ini pihak syarikat minyak dan stesen-stesen minyak mengambil tindakan dan tanggungjawab yang besar untuk memastikan bahawa sebaik-baiknya setiap pengguna itu tidak terbeban,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sistem semasa membolehkan pengguna mengimbas MyKad terus di pam minyak atau di dalam stesen, sekali gus memudahkan urus niaga dan memastikan bantuan subsidi sampai kepada sasaran.

Berita berkaitan
Kenderaan rosak akibat RON95, Petron dan Caltex tawar pampasan: Armizan
November 5, 2026· Isu semasa
Pemimpin PKR kecam Hadi kaitkan CSA dengan pendekatan Dajal
November 5, 2026· Politik
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
November 1, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
October 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia mahu ASEAN serius tangani jerebu rentas sempadan
November 15, 2026 · Isu semasa
WhatsApp mungkin diwajibkan sahkan nombor telefon pengguna: Fahmi
November 15, 2026 · Isu semasa
Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat
5 jam lalu · Isu semasa
OPR kekal 2.75 peratus, beri ruang perniagaan berkembang
5 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin: Semua banduan ada hak mohon pengampunan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi
November 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok