Bung Moktar cabar Armizan berdebat, dakwa GRS gagal urus Sabah: Laporan

November 21, 2025 · Politik

Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin membidas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, dengan mendakwa ia hanya helah untuk mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan negeri pimpinan GRS.

Beliau menolak dakwaan Armizan yang menyifatkannya sebagai punca ketidakstabilan politik Sabah, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai cetek dan membuktikan pemahaman yang lemah tentang pentadbiran negeri.

“Kalau saya panggil dia bodoh, mungkin dia marah. Tapi rakyat saya yang panggil dia bodoh.

“Menteri bodoh itu, rakyat bilang. Jadi kamu boleh tulis bukan saya yang cakap, rakyat saya yang bilang,” sindir Bung Moktar dipetik dalam laporan media SuaraTV.

Beliau menjelaskan kuasa sebenar di Sabah hanya berpusat pada Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, manakala jawatan timbalan ketua menteri tidak mempunyai kuasa meluluskan perbelanjaan.

“RM50 ribu pun dia tidak boleh luluskan. Jadi apa yang saya gagal? Ini masalah Armizan. Kalau dia mahu berpolitik dengan saya, berpolitiklah secara bijaksana, guna otak yang matang,” tegasnya.

Mengulas pengalamannya sebagai mantan Menteri Kerja Raya, Bung Moktar mendedahkan beliau sendiri menghadapi kekangan untuk meluluskan projek, walaupun yang kecil nilainya.

Beliau seterusnya mencabar Armizan untuk berdebat secara terbuka mengenai prestasi kerajaan negeri, isu projek mega, serta halatuju Sabah.

“Kalau dia mahu berdebat dengan saya, saya sedia di mana-mana. Itu Armizan saya cabar dia. Mana tempat pun boleh. Tajuk pun dia pilih,” ujarnya dengan tegas.

Bung Moktar turut merujuk kepada video-video tular berkenaan pemberian projek kerajaan sebagai bukti wujudnya masalah dalam pentadbiran GRS.

“Jangan berlagak dengan saya. Yang gagal adalah Ketua Menteri.

“Dia sapu semua projek. Video-video yang tular pun sudah jelas,” katanya sambil memberi amaran kepada Armizan agar tidak mengugutnya.

Berita berkaitan
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
5 jam lalu· Politik
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
5 jam lalu· Politik
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
March 14, 2026· Politik
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
March 14, 2026 · Politik
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
March 13, 2026 · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026 · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
March 13, 2026 · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok