Calon PH dakwa nama pengundi didakwa disalah guna di Merlimau, lapor polis

November 14, 2026 · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Rahayu Hamzah mendakwa menerima aduan seorang pengundi tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya kerana namanya dipercayai sudah digunakan individu lain.

Rahayu berkata, kejadian itu didakwa berlaku di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 2 dan satu laporan polis sudah dibuat berhubung insiden berkenaan.

“Saya terima aduan pengundi di SK Merlimau 2 tidak dapat mengundi kerana ada orang lain telah menggunakan namanya untuk mengundi.

“Laporan polis telah dibuat dan saya mohon pihak yang berwajib dapat menyiasat aduan ini dengan cepat,” katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pengundi yang berdepan situasi sama supaya segera membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi sama, Dr Akmal Saleh turut menggesa pengundi yang terkesan supaya membuat laporan polis, selain meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan berkenaan dengan segera.

Sementara itu, individu yang membuat aduan, K. Sanmuga memaklumkan laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau.

Isu berkenaan mencetuskan kebimbangan mengenai kelancaran proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, khususnya berkaitan ketepatan rekod pemilih dan hak pengundi untuk menunaikan tanggungjawab demokrasi.

Bagaimanapun, dakwaan penyalahgunaan nama pengundi itu masih memerlukan siasatan dan pengesahan pihak berkuasa.

Berita berkaitan
BN kemuka satu nama calon MB Negeri Sembilan, masih mahu tukar Ismail
November 18, 2026· Politik
Tular berita DUN Perak bubar, Pejabat MB tampil nafi
November 18, 2026· Politik
MCMC desak Anthropic jelaskan dakwaan manipulasi AI sasar pengundi Malaysia
November 18, 2026· Isu semasa
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
November 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
10 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
10 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
10 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
10 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok